Itu Keputusan Pakatan Harapan – Anwar

KUALA LUMPUR – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata pencalonan semula Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri kelapan adalah keputusan Pakatan Harapan (PH).

“Itu PH punya keputusan,” katanya ringkas sambil tersenyum ketika ditanya berhubung perkara itu.

Terdahulu, beliau bersama isterinya yang juga Presiden PH, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menaiki kenderaan meninggalkan kediamannya di Segambut di sini, kira-kira jam 11.40 pagi tadi.

Ditanya ke mana tempat beliau akan pergi selepas ini, Anwar sekadar menjawab: “ke kantor (pejabat).”

Sebelum ini, Anwar dilaporkan berkata, beliau mendapat sokongan penuh daripada PH sebagai calon Perdana Menteri kelapan berikutan perletakan jawatan Dr. Mahathir.

Keyakinan disandarkan Ahli Parlimen Port Dickson menerusi ciapan di Twitternya itu, berpaksikan janji dibuat Ahli Parlimen yang didakwanya akan menyokongnya, berdasarkan keputusan individu bukan parti. – BH Online

Loading...