Isu Terowong Pulau Pinang: Guan Eng Dipanggil SPRM

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan mengenai kes projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Ahmad Khusairi berkata Lim hadir di ibu pejabat SPRM, Putrajaya, pada pukul 1.00 tengah hari.

“Saya sahkan beliau (Lim Guan Eng) dipanggil untuk bantu siasatan kes isu terowong,” katanya ringkas kepada Bernama.

Pada 30 Jun lepas SPRM menahan bekas pegawai tinggi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) bagi membantu siasatan terhadap elemen rasuah dalam projek terowong itu selain memanggil beberapa lagi saksi untuk direkod percakapan. – BERNAMA