Isu Tayang Badan: Perang Khloe VS Chloe Di Twitter

‘PERANG’ melanda antara Khloe Kardashian dan pelakon muda, Chloe Grace Moretz apabila bintang siri Keeping Up With The Kardashians itu terlebih dahulu menghantar satu twit bergambar memaparkan Chloe dalam keadaan berbikini.

Satu gambar menunjukkan aktres remaja itu sedang berbikini dan satu foto menunjukkan gambarnya sedang didukung dari belakang sehingga menampakkan kemaluannya.

Khloe kemudian mengirimkan twit bergambar itu kepada Chloe, 19, dengan tujuan untuk memerlinya.

Namun, perkara itu nyata membawa malu kepada Khloe, 32, apabila gambar kedua itu sebenarnya bukan Chloe sebaliknya adalah seorang gadis tidak dikenali.

Isu Tayang Badan: Perang Khloe VS Chloe Di Twitter

Hal itu disahkan Chloe apabila dia memuat naik gambar bikininya yang berseluar biru sama sekali lain dengan gambar yang diberikan Khloe.

Isu Tayang Badan: Perang Khloe VS Chloe Di Twitter

Isu Tayang Badan: Perang Khloe VS Chloe Di Twitter

Chloe sebelum ini lantang mengkritik kakak Khloe, Kim Kardashian yang gemar bergambar selfie bogel di laman Instagramnya.

Mungkin dirasakan isu ini boleh digunakan untuk ‘membalas dendam’, Khloe terus mengirimkan gambar itu tanpa membuat usul periksa terlebih dahulu. – MYNEWSHUB.CC

Loading...