Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Harga Petrol RON97 RM4.40,...

PUTRAJAYA: Harga runcit petrol RON97 turun sebanyak 5 sen kepada paras RM4.35 seliter...

Muhyiddin Bertemu Mufti Wilayah...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan hormat...

Rangka Manusia Mungkin Milik...

KEPALA BATAS - Penemuan terbaru rangka dipercayai milik manusia purba berusia 5,000 hingga...

Nigeria Batal Bina Pusat...

ABUJA - Hasrat kerajaan Nigeria membangunkan sebuah kawasan khas pusat perfileman bernilai 3.2...

Isu Seksi Tasha Shilla: Jangan Ikut Budaya Barat

PENASIHAT Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar menyarankan agar selebriti tempatan menjaga imej dalam berpakaian agar tidak melanggar batas-batas agama dan adat orang Timur.

Kenyataan itu susulan isu pelakon Tasha Shilla berpakaian terlampau mencolok mata sehingga menjadi kecaman sesetengah pengikut di laman Instagram miliknya.

Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar

“Dalam etika berpakaian dengan sepupu sepapat pun kita ada dress code yang perlu dipatuhi (dalam Islam), apatah lagi dia merupakan seorang public figure yang orang ramai boleh melihat imejnya.

“Kalau dia berpakaian sedemikian, dia saling berkongsi dosa, orang yang lihat dia pun jadi berdosa melihatnya. Jangan cari populariti yang jatuhkan imej dan maruah diri. Kemuliaan sesuatu jiwa itu bergantung kepada macam mana kita membawa diri,” katanya ketika dihubungi Mynewshub, hari ini.

Tasha sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila berpakaian mendedahkan bahagian dada, perut, pusat dan belakang badan ketika menghadiri sebuah majlis hiburan semalam.

Fesyen ‘Berani’ Tasha Shilla Sekali Lagi Cetuskan Kontroversi

TASHA1

Sebelum ini, pelakon berusia 28 tahun itu juga bertindak berani apabila bergambar dengan hanya menggenakan bra sambil dilitupi baju jarang untuk muka hadapan sebuah majalah gaya hidup wanita.

Foto Bercoli: ‘Jangan Nilai Luaran, Yang Penting Hati’ – Tasha Shilla

Sehubungan itu, Ustaz Asmawi menyarankan agar pihak berkuasa agama Islam menjalinkan kerjasama dengan persatuan-persatuan seni bagi mengekang imej keterlaluan dan mencolok mata di kalangan selebriti tempatan.


“Cadangan saya, pihak jabatan agama buat kerjasama dengan persatuan-persatuan yang memayungi anak-anak seni ini seperti FDAM dan Seniman, beri peringatan kepada selebriti supaya menjaga imej dan totally menolak artis yang macam itu (imej terlampau seksi). Ini kerana masyarakat kita gemar meniru, jadikan artis sebagai role model mereka.

“Kita jangan ikut Jennifer Lopez ke apa, tu memang dah budaya dia. Seharusnya kita harus lebih mengangkat budaya dan adat orang Timur, lebih-lebih lagi buat selebriti kerana mereka merupakan public figure,” katanya.

Menurut Ustaz Asmawi, beliau bukan mahu menyinggung perasaan selebriti-selebriti yang dimaksudkan namun sekiranya mereka sayangkan ibu bapa, pasti mereka tidak akan melakukan perkara sedemikian.

“Saya bukan nak menyinggung perasaan mereka tapi kenapa kita perlu merendahkan martabat wanita sehingga ke tahap sebegitu. Semua itu merupakan pinjaman Allah, beringatlah. Aurat dan maruah wanita mesti dijaga,” ujar beliau lagi.

Sekadar berkongsi, penyanyi Faizal Tahir juga pernah digam kerana tindakannya membuka baju ketika menjayakan sebuah persembahan, tujuh tahun lalu.

Faizal telah dilarang daripada muncul dalam mana-mana rancangan televisyen swasta selama tiga bulan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berikutan insiden membuka baju di khalayak ramai. – MYNEWSHUB.CC

Tasha Shilla sudah tidak bersama namun tidak bermusuh.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori