Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Rempuh Penjara Sebab Nak...

MIAMI - Pihak berkuasa di Florida, Amerika Syarikat menahan seorang lelaki pada Sabtu...

Polis Tahan 3 Lelaki...

KEPALA BATAS - Polis menahan tiga lelaki ‘Geng Highway’ dan memburu seorang lagi...

PM Umum Kelonggaran Tambahan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersedia memberi lebih banyak kelonggaran bagi membolehkan rakyat melaksanakan...

Muruku, Minuman Percuma Untuk...

KUALA LUMPUR - Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) akan mengedarkan minuman berperisa laici...

Isu Pesta Arak: Zaid Ibrahim, Mufti Perlis ‘Bertikam Lidah’

KUALA LUMPUR – Susulan tindakan tegas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menolak permohonan penganjuran Better Beer Festival 2017 diadakan pada bulan depan, ramai pihak tanpa latar belakang agama tiba-tiba muncul jadi ‘ulama segera’.

Penganjuran pesta selama dua hari bermula pada 6 Oktober itu sebelum ini dibantah keras oleh PAS yang turut menggesa semua mufti segera mengeluarkan fatwa dan pandangan khusus berhubung penganjuran aktiviti seumpama itu sebagai panduan dan arahan kepada pihak kerajaan.

Dalam memberikan respons terhadap pesta arak berprestij tersebut, Datuk Zaid Ibrahim, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menyindir beberapa pihak yang membantah penganjuran festival minuman keras tersebut di ibu negara.

Dalam catatan menerusi akaun Facebooknya, beliau yang kini menjadi ahli DAP setelah keluar daripada PKR menulis “Yang bantah pesta ini kumpulan yang sama. Mereka tak mahu pesta, hiburan, tak mahu nyayian. Isteri dua tiga boleh, lagi muda lagi baik #fb.”

Memberikan respons terhadap tulisan Zaid menerusi Facebook tentang pesta arak tersebut, Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang juga dikenali sebagai Dr. Maza, membidas dengan menulis:

“Arak itu buruk di sisi semua manusia yang waras. Ia telah menjadi masalah terhadap masyarakat termasuk negara maju sekalipun. Kalau seseorang enggan atau tidak setuju pesta arak bukan bererti dia enggan dan menolak hiburan,” katanya dalam akaun Facebooknya.

Mengupas isu hiburan, Dr. Maza berkata terdapat ramai golongan beragama yang turut berhibur dan bernyanyi dengan cara santun. Malah, golongan tersebut bukan sahaja bernasyid dan berselawat, namun mereka “boleh menyanyi dan menari dengan kadar kesopanan sebagai manusia waras.”


Mengulas lanjut, Mohd Asri mempersoalkan kaitan poligami dengan pesta arak, seperti mana yang diutarakan oleh Zaid di Facebooknya dan membalas: “Apa kaitan pula poligami yang halal dengan pesta arak? Tidakkah pesta arak itu menjerumus kepada perzinaan dengan wanita.

“Ia pasti mencemarkan kehormatan di sisi semua agama. Sementara poligami yang bertanggungjawab mempunyai peraturan dan kewajipan sebagai suami dan isteri,” jelas Dr. Maza lagi.

Membangkang tulisan Dr. Maza terhadap dirinya, Zaid membidas kata-kata ulama tersebut dengan mengatakan: “Saya juga beragama sama seperti Dr. Maza. Perbezaannya ialah saya percaya kepada demokrasi, dan saya hormat kebebasan memilih.”

Dalam memberikan penjelasan itu, Mufti Perlis menekankan bahawa urusan meminum arak itu merupakan hak orang bukan Muslim, namun beliau berpendapat bahawa penganjuran terhadap pesta tersebut boleh memberikan kesan negatif kepada masyarakat awam. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori