Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Denggi: 1,307 Premis Positif...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengenal pasti sebanyak 1,307 premis yang...

Hanya 20% Boleh Dibelanja...

KUALA LUMPUR - Hanya 20 peratus daripada keseluruhan belanjawan, iaitu ‘perbelanjaan penuh’ yang pada...

Erma Fatima Tetap Mahu...

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur diekat sini pada Khamis memerintahkan pengarah...

Putin Ugut Tutup Bekalan...

MOSCOW – Presiden Rusia, Vladimir Putin mengugut untuk menutup bekalan gas ke Eropah...

Isu Pelabur China: Sultan Ibrahim Bidas Komen Dr. M

JOHOR BAHRU – Sultan Johor bertitah baginda amat tersinggung dan terluka dengan kenyataan politik yang diputar belit oleh ahli politik tertentu terhadap pelaburan China di negeri itu.

Titah baginda sekiranya perkara itu dibiarkan, ia akan mengusir pelabur-pelabur di negeri tersebut.

Dalam satu temubual eksklusif, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memetik nama Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana meletakkan kepentingan politik melebihi kepentingan rakyat Malaysia khususnya di Johor.

“Cukup-cukuplah. Setakat ini beta telah cuba mengawal diri daripada mengulas mengenai kontroversi membabitkan Forest City yang dibangkitkan Dr. Mahathir dan penyokongnya.

“Namun Dr. Mahathir sudah keterlaluan dengan memutarbelitkan isu ini. Beliau mendakwa kira-kira 700,000 rakyat China akan tinggal di JB dan taraf kewarganegaraan akan diberikan dan sebilangan besar tanah telah dijual kepada China.

“Beliau memberi gambaran bahawa Johor menyerahkan tanah kepada rakyat China malah membandingkan bagaimana kita menyerahkan Singapura kepada British,” katanya dalam satu temubual di Istana Bukit Serene di sini.

Sultan Ibrahim berkata baginda tidak berniat untuk campur tangan dalam politik tetapi perlu menyatakan kebenaran kerana fakta mengenai isu tersebut telah diputar belit oleh mereka yang mempunyai niat tidak betul.

“Biar beta tanya kepada beliau – Forest City akan dibina dia atas tanah yang ditambak dan kebanyakannya ialah unit kondominium. Dalam bahasa mudah, unit tersebut adalah di udara. Ia unit strata.

“Saya ingin bertanya kepada Dr. Mahathir jika pembeli warga asing ini dapat membawa balik apartmen itu ke negara mereka atau membawa seinci tanah yang telah ditambak ini.

“Mari kita lihat bilangan warga asing yang membeli hartanah di Singapura. Adakah rakyat Singapura di republik itu bimbang? Tidak, mereka tidak bimbang, tapi sebenarnya mereka mengalu-alukan ekspatriat mewah di sana.

“Di sini, kita ada Dr. Mahathir yang mewujudkan rasa takut dengan menggunakan isu kaum, hanya untuk memenuhi motif politiknya. Beliau tidak bodoh, beliau hanya pentingkan diri dan bersifat oportunis,” titah Sultan Ibrahim.

Lakaran artis menunjukkan bandar raya pintar, Forest City yang dibangunkan di atas empat pulau buatan.
Lakaran artis menunjukkan bandar raya pintar, Forest City yang dibangunkan di atas empat pulau buatan.

Sultan Ibrahim mengulas mengenai beberapa kenyataan dalam blog Dr. Mahathir yang mendakwa sejumlah besar tanah di Johor Baru dijual kepada warga asing tanpa sekatan dan wujud penghijrahan secara besar-besaran warga asing di bandar baharu itu.

Dr. Mahathir dipetik sebagai berkata ribuan unit (kediaman) sudah siap dibina di Forest City yang dibangunkan syarikat berpangkalan di China dan telah dijual kepada rakyat China.

Forest City apabila ia siap sepenuhnya kelak akan terletak di atas empat pulau buatan manusia di Iskandar Malaysia yang dibangunkan Country Garden Pacific View.

Sultan Ibrahim berkata projek pembangunan campuran di Forest City bukan hanya untuk pelabur China tetapi sesiapa sahaja di seluruh dunia termasuk rakyat Johor.

“Projek ini akan meluaskan saiz tanah di Johor dan kedaulatannya,” titah baginda.


Jelas baginda, kewujudan Forest City akan memberi impak besar termasuk pendapatan bagi kerajaan negeri dari segi cukai dan menyediakan kira-kira 200,000 peluang pekerjaan.

Sultan Ibrahim turut bertitah urusan tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan bukannya kerajaan Persekutuan.

Titahnya, SP Setia, sebuah syarikat dari Malaysia terlibat dalam pembinaan apartmen di Battersea Power Station di London dan kerajaan British turut mengalu-alukan projek dan pelaburan di bandar baharu itu.

“Adakah Dr. Mahathir atau anak-anaknya memiliki hartanah di luar negara?” soal Sultan Ibrahim.

Baginda bertitah, ramai pelabur datang ke Forest City turut mendapat manfaat daripada program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang dilancarkan pada tahun 2002 semasa dibawah pentadbiran Dr. Mahathir.

“Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai perdana menteri, beliau telah meminta rakyat Malaysia untuk pandang ke Timur tetapi sekarang beliau mengkritik apabila pelabur Malaysia datang ke sini untuk melabur,” titahnya.

Sebagai perdana menteri, Sultan Ibrahim bertitah Dr. Mahathir telah memberi banyak perhatian dan keutamaan dalam membangunkan Langkawi berbanding beberapa pulau lain di negara ini.

Titah baginda, Dr. Mahathir sedang bermain politik ketakutan dan kaum yang tidak mempunyai tempat di Johor kerana saya tak percaya kepada politik kaum.

Beliau menghina pelabur hartanah China yang kaya. Mereka tidak terdesak untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia. Kebanyakan mereka mempunyai hartanah di negara lain, termasuk Australia dan United Kingdom.

“Mereka membeli hartanah di sini kerana mereka dapat melihat kepentingan strategik Johor.

“JB hanya beberapa minit dari Singapura dan Batam – dua negara berlainan.

“JB juga akan menjadi seperti Lembah Klang dengan hanya 90 minit perjalanan menggunakan keretapi laju sebaik sahaja Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) antara Malaysia dan Singapura siap dibina,” titahnya.

Sultan Ibrahim bertitah Johor Baru juga akan menjadi kota raya utama kedua di Malaysia selepas Kuala Lumpur, seperti New York-Los Angeles, Beijing-Shanghai dan Sydney-Melbourne. – mStar Online

Kategori