Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

H5N1: Tunggu Laporan Sebelum...

ALOR SETAR - Kementerian Pendidikan masih menunggu laporan penuh Jabatan Kesihatan Kelantan sebelum...

Kahwin Dengan Pizza Kerana...

MACAM-macam perangai manusia yang tidak terfikir dek akal kita. Lelaki ini, misalnya, mengahwini...

Sekumpulan Ahli Perniagaan Rugi...

KUALA LUMPUR: Sekumpulan ahli perniagaan mendakwa menjadi mangsa penipuan pelaburan sehingga menyebabkan kerugian...

157 Buah Kapal Asing...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 83 kehadiran kapal milik China dan 74 kapal negara...

Isu Kontrak MRT2: Selamatkan Atau Jahanamkan Malaysia?

MEDIA sosial sehari dua ini penuh dengan ulasan, kritikan dan curahan hari berkaitan nasib pekerja MMC-Gamuda yang kelam akibat pembatalan kerja-kerja MRT2 melibatkan syarikat itu.

Ramai yang melahirkan rasa terkejut dan simpati, marah dan sebagainya, hingga mendorong ramai menandatangani petisyen.

Sejak mula-mula berita tersebar hingga hari ini, sudah muncul pula jawapan balas dan justifikasi dari pihak kerajaan dan penyokong Pakatan Harapan, yang kalau pun tidak menyalahkan syarikat kontraktor terbabit, membenarkan dan menyokong tindakan kerajaan.

Tetapi yang paling rasional dan jelas ialah penjelasan mendedahkan kepincangan keputusan kerajaan PH, berhubung kos yang akan bertambah termasuk masa yang lebih lama akan diambil untuk menyambung dan menyempurnakan kerja yang sudah dimulakan.

Akhirnya boleh disimpulkan pembatalan ini bermotif politik. Inilah penjelasan paling mudah dan paling tepat, kerana tidak ada alasan yang munasabah pembatalan kontrak ini.

Kementerian Kewangan, yang sejak mula membuat kenyataan demi kenyataan yang merugikan negara, meneruskan “misinya” yang terus merosakkan.

Kementerian yang sekarang dipegang oleh pemimpin DAP ini nampak semakin jelas seperti sengaja melakukan tindakan-tindakan merugikan ini.

Dua pemimpin DAP sudah beberapa kali membuat kenyataan yang menyebabkan kerugian. Sebelum ini menteri komunikasi yang menyebabkan syarikat TM terjejas, dan menteri kewangan sendiri sudah banyak kali melakukannya, termasuk memperbesarkan masalah kewangan hingga pelabur lari.

Sekarang ramai mempersoalkan siapa di belakang semua tindakan ini, kerana mereka yang mahir hal bisnes sudah menghidunya sejak awal lagi.

Sebelum ini projek ECRL dan HSR dihentikan, dan ramai mengesyaki ada udang di sebalik batu bila terdedah ada usaha kroni membeli saham syarikat yang menjadi kontraktor dan sedang merosot harga sahamnya.

Keputusan melibatkan MMC-Gamuda ini masih baru, dan akan ada lanjutan selepas ini, kalau u-turn mungkin agak mustahil, akan ada kekeliruan dan penipuan seperti dalam menjelaskan pembatalan dan pampasan HSR.

Semua ini menunjukkan kepentingan politik (dan ekonomi) mengatasi segalanya, dan menunjukkan segala alasan “selamatkan Malaysia” itu hanyalah modal politik untuk mendapat undi.


Pada masa alasan hutang negara dan kekurangan wang disebut berulang-ulang kali, projek-projek yang ada kepentingan mereka yang berkuasa diteruskan.

Lihatlah di Pulau Pinang, banyak projek baharu sejak DAP memerintah dijalankan, termasuk projek terbaru yang ditentang kuat oleh aktivis masyarakat dan alam sekitar. Tetapi kerana mereka berkuasa, projek-projek ini diteruskan dan tentangan rakyat tidak dilayan.

Projek kereta nasional ketiga juga mahu diteruskan, kononnya tidak akan menggunakan wang negara. Agenda peribadi dan kroni ini tidak pula dikait dengan hutang negara, apatah lagi impak lain melibatkan sosial, alam sekitar dan ekonomi.

Tindakan ini masih menggunakan alasan hutang negara, sama dengan alasan pembatalan ECRL, HSR dan MRT3 yang disampaikan secara salah kepada orang ramai.

Ini bukan yang terakhir yang akan dilakukan oleh PH dengan menggunakan alasan hutang negara.

Beberapa minggu lagi, bajet akan dibentangkan oleh kerajaan baharu. Sejak awal lagi mereka sudah memberi amaran supaya jangan mengharapkan wang percuma, dan digesa supaya berkorban.

Tunggulah drama selanjutnya nanti, kerana bajet nanti mungkin akan mencetuskan kemarahan ramai rakyat yang terjejas.

Mungkin akan ada yang ditangkap dan dihadap ke SPRM atau direman kerana kes tertentu, dan kediaman digeledah. Ataupun pendedahan baharu tentang kononnya kepincangan yang menyumbang kepada hutang negara atau wang negara dibazirkan.

Ini hampir pasti berlaku kerana kerajaan PH perlukan drama supaya perhatian tidak tertumpu sepenuhnya pada “bajet berkorban”. – Mynewshub.tv

Kategori