Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

PRN: Polis Kelantan Terima...

TUMPAT : Polis Kelantan menerima dua laporan melibatkan kes provokasi yang berlaku semasa...

Shell Komitmen Bangunkan Lembangan...

KUALA LUMPUR – Shell Malaysia berkata keputusan pelaburan akhir (FID) yang diambil oleh...

Padah Lombong Bitcoin Di...

Pasir Mas : Seorang juruteknik komputer ditahan selepas didapati menjalankan aktiviti perlombongan bitcoin...

Perancis Gugur Beberapa Dakwaan...

PARIS - Perancis menggugurkan beberapa dakwaan terhadap penganalisis politik, Abdul Razak Baginda berhubung...

Isu Komunis: Gesa Kerajaan Gubal Undang-Undang Lebih Jelas

KUALA LUMPUR – Kerajaan didesak menggubal undang-undang yang lebih jelas bagi menghalang sebarang tindakan untuk menghidupkan semula Parti Komunis Malaya (PKM) dan penyebaran ideologinya.

Presiden Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (Respa), Tan Sri Mohd Ismail Che Rus berkata, tindakan penganjuran majlis memperingati Perjanjian Damai Hatyai oleh bekas ahli dan penyokong PKM dilihat mencurigakan dan perlu disiasat dengan terperinci.

Menurutnya, Kementerian Dalam Negeri juga perlu menyatakan pendirian lebih tegas serta mengambil tindakan undang-undang terhadap kedua-dua penganjur jika didapati jelas melanggar undang-undang tertentu.

“Siasatan juga termasuk insiden penghinaan terhadap bendera Malaysia. Kejadian itu pasti berlaku bukan secara kebetulan tetapi dirancang dengan niat tertentu.

“Bagi kami ia jelas mencabar undang-undang negara, mengagung-agungkan PKM yang telah diharamkan cuma menghidupkan semula ideologi komunisme yang bertentangan dengan prinsip demokrasi negara dan memperlekehkan pengorbanan anggota keselamatan.

“Permintaan maaf daripada penganjur tidak sepatutnya diterima dengan mudah tanpa siasatan rapi dan tindakan tertentu diambil,” katanya pada sidang akhbar sempena Perhimpunan Pejuang Negara Menentang Ideologi Komunisme di Padang Merbok di sini hari ini.

Beliau menyatakan pendirian itu yang turut disokong bersama oleh 10 lagi persatuan bekas polis yang terlibat pada himpunan berkenaan.

Persatuan terbabit ialah Persatuan Veteran VAT 69 Komando, Persatuan Bekas Unit Tindakan Khas, Persatuan Polis Pencen Malaysia, Persatuan Polis Pencen Melaka dan Persatuan Polis Pencen Johor.

Persatuan lain yang turut terlibat ialah Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Persatuan Skuad 72, Skuad 69 Polis Diraja Malaysia, Persatuan Batalion 7 Pasukan Polis Hutan, dan Persatuan F Team.

Kira-kira 3,000 hadir pada perhimpunan berkenaan termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Haniff Omar, Tan Sri Musa Hasan serta beberapa lagi bekas pimpinan kanan PDRM.


Mohd Ismail juga memberitahu pihaknya akan terus menentang sebarang usaha, niat atau tindakan untuk menghidupkan perjuangan dan ideologi komunisme di negara ini.

Beliau bagaimanapun yakin gerakan menghidupkan semula idealogi komunisme menerusi pertubuhan tertentu sama sekali tidak akan berjaya.

“PKM adalah persatuan yang telah diharamkan, kalau diwujudkan mestilah melalui pendaftar pertubuhan (RoS) yang berkuasa menentukannya. Kami yakin pendaftaran ini tidak akan diluluskan,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, tidak mengetahui dengan jelas pihak yang cuba menghidupkan kembali idealisme komunis.

“Siapa tulang belakangnya tidak begitu jelas tapi sudah tentu ‘special branch’ tahu mengenainya,” katanya.

Pada 1 Disember lepas, sebuah portal berita melaporkan kira-kira 300 individu menghadiri perjumpaan dan perhimpunan yang dipercayai melibatkan bekas anggota PKM di Kajang.

Perjumpaan itu difahamkan sebagai memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani Kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989. – Sinar Harian

Kategori