Isu ICERD: Siapa Berkuasa Di Perak? DAP Atau MB?

JANGGAL… Bayangkanlah jika usul dikemukakan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri ditolak Speaker Dewan Rakyat! Silap hari bulan, jawatan…

JANGGAL… Bayangkanlah jika usul dikemukakan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri ditolak Speaker Dewan Rakyat! Silap hari bulan, jawatan itu diganti dengan individu lain.

Maklumlah, nama Yang Dipertua dewan rendah Parlimen itu pun dicadangkan ketua kerajaan bagi jaga kepentingan politik parti pemerintah semasa persidangan berlangsung termasuk penetapan aturan usul untuk dibahaskan.

Malangnya, perkara tipikal itu tidak pula berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak apabila Speakernya, Datuk Ngeh Koo Ham tanpa dijangka telah tolak usul dibawa oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Tindakan pelik Yang Dipertua DUN Perak menolak usul yang dibawa ketua kerajaan negeri tersebut dari PPBM bukan sahaja cetus kekecohan, malah seolah-olah beri isyarat DAP lebih berkuasa daripada Menteri Besar sendiri.

Koo Ham yang juga Penasihat DAP Perak hari ini dilaporkan media bertindak menolak usul isu Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang dibawa Ahmad Faizal.

Usul tergempar itu turut dibawa bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Ahmad Saidi Mohamad Daud sebagai wakil Barisan Nasional (BN) untuk dibahaskan pada Sidang DUN Perak.

Tindakan pelik Koo Ham itu turut menarik perhatian Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki yang menzahirkan kehairanan dan persoal tentang siapakah sebenarnya yang berkuasa dalam kerajaan Perak.

“Jarang dilihat di Parlimen dan mana-mana DUN, usul dibawa oleh pihak Kerajaan ditolak Speaker Dewan. Saya mempersoalkan jika usul dibawa YAB MB sebagai Ketua Kerajaan Negeri pun boleh ditolak oleh Speaker DAP.

“Siapakah sebenarnya yang berkuasa di negeri Perak? MB atau DAP?” soal Asyraf Wajdi secara sinis menerusi hantaran dalam akaun sosial Twitter miliknya hari ini yang turut tular dan diperkatakan ramai netizen tempatan.

Semalam, seluruh negara gempar apabila Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming mengakui ada komplot dalam kalangan ADUN negeri itu untuk guling Ahmad Faizal daripada jawatan disandangnya. – Agensi/Mynewshub.TV

Loading...