Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Nike Perkenal Hijab Untuk...

JENAMA sukan terkenal Nike bakal mengeluarkan hijab khas buat atlet wanita Muslim. Hijab yang diberi nama "Nike...

UMNO Perlis Sokong Penuh...

KANGAR - UMNO Perlis menyokong sepenuhnya keputusan Majlis Tertinggi (MT) memecat Tan Sri...

Bernama Dapat Tangani Berita...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melabelkan...

Shahidan Dicabar Jawatan Ketua...

ARAU - Setelah lebih 20 tahun kedudukan Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai ketua...

Isu Hukuman Penjara Pesalah PKP Akan Dibincang

PUTRAJAYA – Isu hukuman penjara terhadap pesalah yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dibincangkan antara Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Penjara, dalam masa terdekat.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat menerusi Mesyuarat Jawatankuas Khas Menteri-Menteri mengenai PKP, hari ini.

“Mesyuarat bersetuju hari ini supaya pihak Peguam Negara, PDRM dan Jabatan Penjara untuk membincangkan isu ini supaya dapat diselesaikan segera,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat khas itu, di sini.

Jabatan Penjara dalam satu kenyataan semalam, meminta mahkamah supaya berhenti menjatuhkan hukuman penjara kepada pesalah yang melanggar PKP, memandangkan langkah itu akan menyebabkan kesesakan di penjara, selain menjadi punca penularan wabak COVID-19 di dalam penjara.

Susulan itu, Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat menggesa pegawai kehakiman untuk mengambil pertimbangan, berhubung masalah risiko penularan wabak COVID-19 sekiranya pesalah dipenjarakan.

Beliau dipetik sebagai mencadangkan supaya pesalah pelanggaran PKP dikenakan hukuman menjalani perintah khidmat masyarakat, tanpa menjalani hukuman pemenjaraan.

Mengenai golongan gelandangan di ibu kota Ismail Sabri menegaskan, bahawa golongan itu tidak dibiarkan begitu sahaja, sebaliknya mereka kini ditempatkan di tiga lokasi di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Tegasnya, dakwaan bahawa golongan itu masih berkeliaran di ibu kota adalah tidak benar sama sekali, kerana kerajaan menempatkan gelandangan di lokasi khas, dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.


“Tidak timbul isu bahawa gelandangan masih terbiar tanpa pembelaan. DBKL telah menempatkan gelandangan di tiga lokasi yang telah diwujudkan. Mereka diberi makan dan minuman,” kata Ismail Sabri.

Media sebelum ini melaporkan bahawa golongan itu ditempatkan di tiga kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) iaitu di Kuala Kubu Bharu, Semenyih dan Sepang, sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.

Ketika ditanya mengenai bekalan barangan basah di tiga kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) beliau berkata, terdapat beberapa stesen diwujudkan, bagi memudahkan penduduk untuk memaklumkan mengenai jenis barangan keperluan yang diperlukan.

“Jadi apa sahaja keperluan yang mereka perlukan, mereka boleh mengadu di pusat yang disediakan. Pusat itu diwujudkan dengan bantuan pegawai bertugas, untuk memudahkan penduduk,” katanya.

Ismail Sabri berkata, memandangkan setiap penduduk memerlukan barangan keperluan yang berbeza, maka barangan tersebut tidak akan dihantar dari rumah ke rumah, sebaliknya mereka perlu melaporkan ke pusat yang disediakan.

Setakat ini, terdapat tiga kawasan yang dikenakan PKPD iaitu Hulu Langat, Selangor; Menara City One di Kuala Lumpur; dan Simpang Renggam, Johor.

Kategori