Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Air Selangor Mohon Naikkan...

Pengendali perkhidmatan air di Lembah Klang, Air Selangor meluahkan harapan agar kerajaan mengkaji...

22% Rakyat Brazil Hidup...

RIO DE JANEIRO - Bank Dunia berkata 22 peratus daripada rakyat Brazil hidup...

Dua Buruh Didakwa Edar...

KANGAR - Dua buruh dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Kangar, hari ini atas tuduhan mengedar...

Hanya Gulungan Dawai Pemisah...

PUTRAJAYA - Hanya gulungan dawai besi setinggi paras paha yang menjadi pemisah antara...

Isu FGV: Pelantikan Idris Langkah Bijak Kerajaan

PUTRAJAYA – Pelantikan Datuk Seri Idris Jala sebagai pihak berkecuali untuk meneliti penggantungan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Felda Global Ventures (FGV) dan dua yang lain oleh Lembaga Pengarah merupakan satu langkah bijak kerajaan, kata Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad.

Zakaria yang diarahkan bercuti berkuat kuasa semalam mengalu-alukan pelantikan itu dan menyifatkannya sebagai sangat adil.

“Bagi saya, (pelantikan Idris) bagus… sekurang-kurangnya ia tidak berat sebelah. Ia merupakan langkah baik oleh kerajaan. Kalau staf saya buat, mereka pun serba salah,” katanya kepada pemberita selepas tampil memberi keterangan berhubung FGV kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, hari ini.

Zakaria hadir seorang diri di Ibu Pejabat SPRM di sini kira-kira 2.20 petang untuk memberi keterangan sebelum keluar dari bangunan SPRM kira-kira empat jam kemudian.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan Idris, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pemandu Associates Sdn. Bhd. telah dilantik sebagai pihak berkecuali untuk meneliti fakta kes itu dan mencadangkan jalan penyelesaian berhubung keputusan penggantungan CEO, CFO dan dua yang lain itu.

Pihak-pihak relevan telah bersetuju dengan pelantikan Idris iaitu Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad; Pengerusi FGV, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Zakaria dan Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha.

Semalam, Lembaga Pengarah FGV mengarahkan Zakaria dan Ahmad Tifli untuk bercuti. Turut diminta berbuat perkara yang sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Trading Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products, Kamarzaman Abd Karim.

Mengenai gesaan supaya beliau dan Isa yang terbabit dalam krisis FGV untuk meletak jawatan, Zakaria berkata tiada keperluan untuk berbuat demikian.

“Saya tidak boleh terima (cadangan letak jawatan)… kecuali saya bersalah, bolehlah saya letak jawatan. Saya tidak bersalah, nak letak jawatan buat apa,” katanya sambil menambah bahawa beliau telah berjumpa dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu.


Zakaria yang dilantik sebagai CEO FGV pada 1 April tahun lepas berkata, beliau bersedia untuk terus menerajui FGV.

“Kalau ikut kontrak, saya masih ada setahun 10 bulan lagi (di FGV). Saya mahu kembali untuk membantu FGV mencapai sasaran yang ditetapkan,” katanya.

Mengenai sesi memberi keterangan selama empat jam di SPRM, Zakaria berkata beliau hanya menunjukkan dokumen-dokumen di bawah bidang kuasanya dalam tempoh setahun lepas.

“Saya harap kemelut ini akan berakhir dalam satu atau dua minggu,” katanya.

Felda merupakan pemegang saham tunggal terbesar FGV dengan 34 peratus pegangan. – BERNAMA

Kategori