Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mukhriz Mungkin Diberi Jawatan...

SUNGAI PETANI - Datuk Seri Mukhriz Mahathir mungkin akan diberikan jawatan baharu sekiranya...

KFC Perkenal Keju 3...

KUALA LUMPUR - Siri hidangan berkeju popular KFC diteruskan dengan sebuah lagi ciptaan...

UMNO Mampu Tawan Dun...

MELAKA – Calon UMNO mampu melaksana tugas untuk merampas kembali kerusi Dewan Undangan...

Malaysia Rintis Jalan Raya...

SEGAMAT - Malaysia akan menjadi negara pertama di dunia yang menggunakan getah beku...

Isu DBI: Gelaran Ayahanda Pekida Pun Tipu Juga?

SATU demi satu isu terbongkar ekoran kes penipuan perumahan banglo yang diusahakan oleh syarikat DBI Properties yang diusahakan oleh Datuk Boy Iman.

Kini, keluar pula satu berita panas mengenai gelaran ayahanda yang dimiliki oleh aktor kacak era 1990-an itu konon daripada Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) yang dikatakan adalah palsu!

Pengerusi Perhubungan Pekida Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Majlis Tertinggi PEKIDA Malaysia, Rohaida Roslan mengesahkan bahawa pengiktirafan ayahanda yang dimiliki oleh Boy Iman itu adalah tidak sah.

“Boy Iman tak pernah diiktiraf sebagai ayahanda untuk Pekida. Jadi, kami harap orang ramai jangan kaitkan beliau dengan Pekida,” katanya dipetik daripada Harian Metro.

Pihak polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman juga telah rampas pelbagai sijil dimiliki Boy Iman termasuk watikah pelantikan sebagai Ayahanda di Cheras ketika serbuan dilakukan pada Selasa lalu.

Tambah Rohaida lagi ketika dihubungi oleh pihak Harian Metro, semalam, gelaran ayahanda yang telah digunakan oleh Boy Iman itu diterimanya menerusi sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Majlis Jemaah Cochrane (MJC).


“Gelaran ayahanda bukan diberi secara sebarangan dan dalam Pekida sendiri, hanya dua individu yang berhak memberi gelaran ini kepada seseorang iaitu Presiden Pekida Malaysia, Jamaludin Yusof dan Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Roslan Dahaman,” katanya.

Dalam pada itu Presiden Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas), Datuk Abdul Halim Ali menegaskan apa dilakukan oleh Boy Iman itu sudah memalukan bagi individu yang mengakui dirinya berstatus ayahanda.

Namun, Abdul Halim berkata bahawa tindakan penipuan dilakukan oleh Boy Iman itu merupakan bersifat peribadi dan tidak mencerminkan sifat individu seseorang yang berstatus ayahanda secara keseluruhan. –MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah

Kategori