Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

1,360 Mangsa Banjir Berada...

JOHOR BAHRU - Angka mangsa banjir yang masih berada di 13 pusat pemindahan...

Asyraf: Cuma Minta Penjelasan...

Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki berkata dia tidak memfitnah tetapi sekadar menuntut...

“Bukan Abang Saya, Rafizi...

KUALA LUMPUR- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Abdul Rahman Dahlan mengancam untuk menyaman...

Polis Selangor Tahan Seorang...

SHAH ALAM – Polis Selangor menahan seorang lelaki kerana didakwa menghina agama Islam...

Isu Dana: Saudi ‘Nafi’ Kenyataan Saifuddin

PANAS… Ketiadaan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Ahmed Al-Jubeir keluar sebarang kenyataan di Putrajaya semalam ternyata cetus persoalan cepumas mengenai isu derma dana RM2.6 bilion.

Apatah lagi Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah pula tampil berseorangan apabila mengeluarkan kenyataan sebelah pihak selepas sesi pertemuan pemimpin asing itu dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ia jelas amat janggal dalam protokol formal diplomatik antarabangsa kerana pada kelaziman wakil tuan rumah dan negara pelawat akan buat sidang akhbar secara bersama bagi rumus isi perbincangan kedua-dua belah delegasi.

Justeru apabila Saifuddin dilaporkan berkata kononnya Adel sentuh isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) serta derma RM2.6 bilion tiada kena mengena dengan kerajaan Arab Saudi, ramai pihak pandang sinis dengar hujah itu.

Walhal, Adel pernah mengesahkan sumbangan itu daripada kerabat diraja Arab Saudi tanpa harap apa-apa balasan, semasa ditemui wartawan Malaysia yang buat liputan satu persidangan antarabangsa di Istanbul, Turki pada 2016.

Ia dijelaskan beliau dengan ada menteri luar waktu itu, Datuk Seri Anifah Aman. Untuk rekod, semua pertemuan Adel juga direkodkan Kementerian Luar Arab Saudi serta disiarkan melalui aplikasi media sosial kementerian itu.

Malah, berita besar sedemikian turut diterbitkan agensi berita rasmi negara berkenaan, Saudi Press Agency (SPA) untuk rujukan media Arab Saudi sebelum dikeluarkan pelbagai akhbar dan siaran berita menerusi stesen penyiaran.

Ironi, semalam seluruh dunia saksi cuma Saifuddin seorang diri bercakap dan logik sudah tentu apa dicakapkan itu mesti sejajar pendirian kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang ada kepentingan berbeza daripada musuh politiknya.

Lucunya, apa dikatakan Saifuddin langsung tidak disiarkan pihak SPA dan media massa di Arab Saudi hari ini yang melaporkan tiada perbincangan dengan Adel mengenai isu kontroversi dana RM2.6 bilion atau kes skandal 1MDB.


Padahal ini isu besar yang tarafnya sama ‘hebat’ dengan berita misteri pembunuhan wartawan Arab Saudi, Jamal Khashoggi di konsulat negara itu di Istanbul pada 2 Oktober lepas sehingga dapat liputan luas media antarabangsa!

Ini bukan kali pertama kerana 8 Oktober lalu, Saifuddin dakwa konon kementerian luar kedua-dua negara itu akan keluar kenyataan bersama mengenai status hubungan Putrajaya-Riyadh pada keesokannya tetapi ia tidak berlaku!

Lebih aib, Adel langsung tidak sampai pelawaan terhadap Mahathir untuk melakukan lawatan rasmi ke Arab Saudi sebagaimana penghormatan lazim kepada pemimpin negara asing menghadap Raja Salman Abdulaziz Al Saud.

Ketiadaan jemputan berkenaan jelas menunjukkan Mahathir sudah boleh dianggap ‘turun darjat’ sedangkan beliau gah cipta rekod dunia Guinness sebagai ketua kerajaan tertua di dunia dan jadi perdana menteri buat kali kedua.

Ini amat jauh berbeza dengan layanan terhadap Imran Khan apabila dipelawa secara peribadi oleh baginda sendiri untuk datang ke Riyadh sebelum beliau angkat sumpah sebagai Perdana Menteri baharu Pakistan pada bulan lalu.

Senario sama turut berlaku apabila Raja Salman awal Julai lalu berkenan pelawa Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ke Arab Saudi tetapi tidak pula Mahathir yang baru menang Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lepas.

Bagi yang faham geopolitik antarabangsa, ini sebenarnya sudah beri mesej tersirat bahawa pemerintah Arab Saudi masih ‘tidak mesra’ dengan Mahathir ekoran beberapa langkah biadab kerajaan PH sebelum itu. – Mynewshub.TV

Kategori