“Isu Air Di Kelantan”

ISU air di Kelantan sememangnya masih menjadi topik hangat untuk diperkatakan. Ada sesetengah pihak yang menjadikan isu air di Kelantan sebagai alat politik untuk memburukkan nama kerajaan negeri Kelantan dan tempiasnya kepada kerajaan Perikatan Nasional.

Memang tidak dinafikan bahawa air merupakan keperluan asas setiap rakyat dan air adalah keperluan penting bagi aktiviti harian di hospital, terutama di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di Kota Bharu, Kelantan. Menyedari kepentingan rakyat, pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), telah melaksanakan beberapa pelan jangka pendek dan jangka panjang bagi mengatasi masalah air di HRPZ II. 

Untuk pelan jangka pendek, SPAN telah membina tangka sedutan separa tertanam di bawah Projek CSR SPAN yang menelan belanja RM 47,000 sebagai langkah sementara untuk menyelesaikan isu bekalan air di wad-wad lama HRPZ II. Pada masa yang sama, SPAN melalui Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) telah memulakan projek pembinaan “dedicated pipe” dari tangka air Merbau terus ke HRPZ II sebagai jaminan bekalan air kepada hospital.

Projek penukaran paip dalam bandar Kota Bharu juga telah siap dan mula beroperasi. Punca gangguan air dalam tempoh sekarang adalah disebabkan oleh kerja-kerja penyelarasan sistem agihan bagi paip-paip baharu tersebut. Justeru, sememangnya akan berlaku gangguan bekalan air di kawasan-kawasan di Kota Bharu, termasuklah di HRPZ II. Pada masa yang sama, terdapat kerja-kerja pengalihan dan pemasangan paip yang terpaksa ditangguhkan di sekitar HRPZ II disebabkan oleh dkerja-kerja pembinaan pagar mitigasi banjir di HRPZ II tersebut. Namun, berdasarkan maklumat terkini, kerja-kerja tersebut akan disiapkan dalam masa terdekat dan gangguan bekalan air akan dapat dikurangkan.

Saya berharap semua pihak bersabar dan yakin dengan usaha-usaha yang sedang dijalankan bagi mengatasi masalah air di Negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Secara politiknya, ini adalah kali pertama dalam tempoh berpuluh-puluh tahun di mana Kerajaan Negeri Kelantan tidak dianaktirikan oleh Kerajaan Pusat. Disebabkan itu, pertolongan daripada pihak Kerajaan Pusat, melalui Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), telah memberikan sinar baharu kepada rakyat di Kelantan. YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, selaku Menteri KASA, telah mengumumkan pelan-pelan jangka pendek dan jangka panjang bagi mengatasi masalah air di Kelantan. Sembilan projek menaik taraf perkhidmatan air bagi mengatasi masalah bekalan air di Kelantan dijangka siap dalam tahun ini. Malah, satu daripada sembilan projek berkenaan sudah siap pada 1 Mac lalu yang membabitkan pembinaan Telaga B di Loji Rawatan Air (LRA) Chicha dengan kos peruntukan daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sebanyak RM370,300.

Malaysia Sejahtera!

#MalaysiaSejahtera
#MuafakatNasional
#PerikatanNasional
#PemudaIkatan
#IsuRakyat

Shahir Adnan
Ahli Suruhanjaya
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) merangkap
Ketua Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM)