Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

1,000 Himpun Di Masjid...

KIRA-KIRA 1,000 orang berhimpun di Masjid Negara untuk membantah tindakan pihak yang menghina...

Tergamak Rogol Anak Jiran...

PEKAN - Seorang remaja lelaki tergamak merogol kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang...

Nik Aziz Pamer Ketokohan...

LABUAN - Kepimpinan PAS Labuan menyifatkan pemergian Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul...

Nelayan Terjejas Pencemaran Bauksit...

KUALA LUMPUR - Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Pahang memberi pampasan kepada...

Isu 1MDB: Arul Kanda Dakwa Rafizi Pembohong, Penghasut

BONGKAR… Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli, disifatkan bukan sahaja sanggup berbohong, malah sedia memanipulasi usaha kerajaan menyampaikan maklumat bagi elak salah faham orang ramai.

Ini termasuk berhubung isu panas yang melibatkan syarikat pelaburan strategik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dakwa Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy di Sungai Siput, Perak semalam.

Beliau menyifatkan Rafizi sebagai pembohong dan penghasut, malah sikapnya itu sudah terbukti apabila bekas Ahli Parlimen Pandan itu, sering dituduh di mahkamah, bukan hanya dalam satu kes tetapi beberapa kes lain.

“Rafizi sendiri pernah mengakui bahawa dia adalah seorang penghasut dan kini mempunyai 14 saman fitnah yang dikemukakan oleh pelbagai pihak terhadap dirinya membabitkan beberapa isu.

“Apa yang saya lakukan adalah untuk menerangkan situasi sebenar berhubung 1MDB dan perbincangan secara terbuka diadakan supaya orang ramai boleh berinteraksi terus dengan kami sendiri.

“Sekiranya apa yang dikatakan pembangkang itu benar, saya tidak perlu menjelajah ke seluruh negara untuk memberi penerangan,” kata Arul Kanda selepas program Bicara Isu-Isu Semasa Negara di Arena Sungai Siput.

Terdahulu, Rafizi dalam satu klip video yang dimua tnaik menerusi akaun Facebooknya semalam, mendakwa konon tindakan Arul Kanda mengadakan sesi jelajah itu sebahagian daripada alat kempen oleh Barisan Nasional (BN).

Beliau dengan angkuh mendakwa tokoh perniagaan tersebut kononnya dieksploitasi BN sempena Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 untuk memberi pencerahan terhadap fitnah jahat pembangkang terhadap isu 1MDB.


Mengulas lanjut Arul Kanda berkata, setakat ini beliau sudah mengadakan jelajah di 30 lokasi bagi memberi penerangan kepada orang awam berhubung isu 1MDB, namun tiada seorang pun wakil pembangkang hadir.

“Jika mereka berkata benar, mengapa tidak datang pada sesi dialog terbuka dibuat untuk dengar penjelasan atau aju soalan, biarpun sudah dijemput? Saya juga ada ke kawasan pembangkang seperti di Shah Alam dan Subang Jaya.

“Saya amat mengalu-alukan kedatangan mereka untuk menyertai perbincangan, memandangkan program ini adalah anjuran badan bukan kerajaan (NGO). Esok (Khamis) saya ke Pulau Pinang. Mereka dijemput hadir,” katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta supaya semua pihak terutama pembangkang agar berhenti mempolitikkan isu 1MDB kerana semua perkara berbangkit sudah diperjelaskan dan tiada apa-apa lagi yang tersembunyi.

“Biarpun banyak cubaan untuk memperbetulkan salah faham terhadap 1MDB, namun ada saja pihak yang cuba mewujudkan keraguan dalam kalangan orang ramai,” kata Arul Kanda. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori