Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Aaron Aziz, Farid Kamil...

SEKALUNG tahniah diucapkan buat pelakon terkenal, Farid Kamil dan Aaron Aziz di atas...

Tragedi Mercun: 2 Mangsa...

SETIAP kali di bulan Ramadan atau menjelang Aidilfitri, pasti ada sahaja kes kecederaan akibat...

Pelakon, Pengarah Filem, Penolong...

KUALA KANGSAR - Pelakon, pengarah filem dan penolongnya masing-masing mengaku bersalah di Mahkamah...

Snek Bagi Yang Ingin...

Apabila masuk tahun baru, pasti ramai yang berazam untuk turunkan berat badan supaya...

Isteri Tak Hamil Walau Kerap ‘Bersama’ Kerana Silap Buat Seks

PASANGAN suami isteri yang berusaha untuk mendapat anak selama empat tahun diberitahu bahawa mereka selama ini melakukan kesilapan semasa hubungan seks.

Suami yang tidak dinamakan berusia 26 tahun dan isterinya, 24, dari bandar Bijie di China, terpaksa berjumpa doktor awal tahun ini untuk memeriksa jika mereka mempunyai masalah untuk proses hamil.

Tetapi apabila mereka bertemu pakar obstetrik, Dr Liu Hongmei, mereka mendapat tahu satu perkara mengejutkan.

Ketika ditanya tentang latar belakang perubatan si isteri dalam pertemuan itu, Dr Hongmei diberitahu bahawa pasangan itu kerap melakukan hubungan seks.

Isterinya juga mendedahkan pengalaman kesakitannya yang ‘luar biasa’ setiap kali mengadakan hubungan seks, tetapi sanggup menahannya dengan harapan untuk hamil.

Berdasarkan ceritanya, doktor percaya bahawa dia mungkin mempunyai sejenis penyakit ginekologi.

Tetapi selepas pemeriksaan dilakukan, si isteri didapati masih lagi dara.

Doktor kemudian memeriksa dubur wanita itu dan percaya telah mengenal pasti punca kepada masalahnya.

Pasangan itu dikatakan melakukan kesilapan dengan melakukan seks anal selama empat tahun, mengakibatkan kegagalan untuk hamil.


“Pasangan itu sangat muda, yang lelaki 26 tahun dan wanita 24 tahun. Mereka sangat sihat, tetapi walaupun telah berkahwin selama empat tahun tidak dapat mengandung.

“Disebabkan itu keluarga mereka memberikan banyak tekanan,” kata doktor itu.

Dr Hongmei dilaporkan menyerahkan buku panduan seks dan ‘garis panduan’ sebelum dibenar pulang ke rumah.

Nasihat itu nyata berfungsi, apabila wanita itu dikhabarkan hamil beberapa bulan kemudian.

Mereka dilaporkan memaklumkan kepada doktor itu yang kini telah bersara bahawa mereka akhirnya berjaya dengan menghantar 100 biji telur ayam dan seekor ayam hidup sebagai hadiah kepada hospital tempatnya bekerja dulu.

“Empat tahun berkahwin tapi suami atau isteri tidak tahu bagaimana untuk hamil. Pasangan yang kurang pengetahuan tentang pengetahuan umum sangat jarang berlaku.

“Tetapi sangat jarang sekali orang ramai kurang pengetahuan atau salah faham tentang hubungan seksual.” – MetroUK/mStar Online

Kategori