Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Gangguan Bekalan Air Di...

Gangguan bekalan air di 472 kawasan melibatkan lima wilayah Air Selangor susulan pemberhentian...

‘Bossku’ Tanya Sampai Bila...

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan sampai...

Gerunnya…Fenomena Awan Gergasi Di...

Kami yakin ramai yang tidak pernah melihat fenomena awan arcus secara langsung.Kewujudannya sememangnya...

Implan Otak Kaedah Baharu...

BRISTOL - Sekumpulan penyelidik Britain memberi harapan kepada para penghidap penyakit Parkinson dengan...

Isteri Serah Tubuh Pada Teman Lelaki Bertatu

KUALA TERENGGANU – Luluh hati seorang suami apabila melihat isterinya berada di dalam bilik di sebuah hotel dengan keadaan yang mengaibkan bersama seorang lelaki bukan beragama Islam.

Kecurangan wanita itu dikesan selepas pegawai dan anggota penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memeriksa sebuah blok hotel tersebut di Kuala Nerus pada Selasa lalu.

Dalam serbuan yang dilakukan pada pukul 7.15 pagi itu, wanita berusia 27 tahun berkenaan mendakwa menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki tersebut selepas dikatakan terhutang budi.

Dia mendakwa lelaki berkenaan sebagai telah banyak membantu dirinya dari segi kewangan untuk memajukan perniagaannya selama ini.

Pesuruhjaya JHEAT, Datuk Wan Mohd. Wan Ibrahim berkata, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya menerima laporan daripada suami wanita berkenaan sendiri.

Menurut laporan Harian Metro, si suami yang berusia 30-an telah melakukan siasatan sendiri selepas curiga dengan perubahan sikap isterinya yang sering kali mengamuk setiap kali dia tidak mengizinkan mereka berjumpa.

Lebih menambahkan rasa curiga si suami apabila lelaki bukan beragama Islam itu dengan selamba menjemput isterinya di rumah mereka pada hari kejadian.

“Lelaki terbabit mengambil keputusan untuk mengekori mereka dan terkejut apabila melihat sendiri pasangan itu masuk ke dalam hotel bersama-sama.


“Walaupun kecewa dan marah dengan tindakan isterinya, dia tidak bertindak sendiri, sebaliknya menghubungi penguat kuasa JHEAT terlebih dahulu untuk memaklumkan kejadian itu.

“Ketika serbuan dilakukan, pasangan berkenaan berada dalam keadaan mengaibkan tanpa seurat benang sebelum mereka dibawa ke Pejabat JHEAT untuk siasatan lanjut,” katanya.

Wan Mohd. berkata, siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah. – MYNEWSHUB.CC

*Video sekadar hiasan.

Kategori