Isteri Mungkin Keguguran, Aliff Syukri Mohon Doa Peminat

KUALA LUMPUR – Usahawan selebriti, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman memohon doa peminat buat kandungan isterinya, Datin Shahida Abd. Rashid yang mengalami pendarahan melampau.

Aliff, 32, menerusi kemas kini Instagramnya memberitahu dia sebenarnya mahu merahsiakan berita kehamilan Shahida sebagai satu kejutan sebelum isterinya mengalami insiden tersebut.

“Tolong doakan isteri saya dan kandungannya. Sepatutnya kehamilan ini dirahsiakan dahulu tetapi saya beritahu juga kerana mengharapkan doa peminat di luar sana.

“Keadaan isteri saya ini mungkin disebabkan terlalu tertekan dengan isu Qhadeeja (anak kedua) baru-baru ini hingga dia mengalami pendarahan yang mungkin mengakibatkan keguguran,” tulisnya lagi.

Tambah penyanyi Abang Nak Tegur itu lagi, jika mengikut pemeriksaan doktor, anak yang dikandung Shahida ialah bayi kembar seperti yang diidamkan pasangan tersebut.

“Mohon doakan isteri dan anak-anak saya selamat, doa anda semua amat saya hargai,” ucapnya lagi.

Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada tahun 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 11, Ibrahem Edham, 7, Qadeeja El Zahra, 9, dan Yusoff Al Qardawi, 10 bulan. – K! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

tolong doakan kandungan isteri saya @shahidadherbs selamat..😰😰😰Dugaan 2 ramadhan . . . sy sengaja nak rahsiakan Isteri saya tgh pregnant nak buat suprise kat smua….. tapi dugaan mungkin stress dgn keadaan semasa baru2 ni dimana byk pihak membesar2kn… dan mungkin sbb tu .. berlaku pendarahan yg agak banyak dan mungkin mengalami keguguran.. bila scan2 pula Dr bgtau baby kembarr.. ya allah sygg yaaa .. ada caranya tak nak selamatkan baby dari gugurr??😭…. Mudahan kedua2 anak saya dalam. kandungan selamat.. doakan ya semua sahabat ig dan fb…. mudahan dipermudahkan segala urusan😔 doa kalian amat saya hargai.. . . tudung wife sy dari @cloverush baju sy dr @as.legacymalaysia

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Loading...