Tuesday, April 16, 2024

Creating liberating content

Nor Nabila Mahu Cerai,...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur memerintahkan pelakon, Sharnaaz Ahmad, 34,...

Belia Mahu Jerai Terus...

YAN - Dalam usaha memastikan lebih banyak lagi pembangunan dilaksanakan di Parlimen Jerai...

Pelanggan Kedai Perkakas Terkemuka...

Kadang-kadang, menjadi kebiasaan untuk kita membeli sesuatu barangan tanpa melihat bahan yang digunakan...

Kecoh MAZA Kata Ramasamy...

ALAHAI... Tindakan pelbagai pihak anti-Islam mahu kerajaan Pakatan Harapan (PH) segera usir pendakwah...

Isteri Kelar Kemaluan, Leher Suami Kerana Cemburu

IPOH – Gara-gara cemburu, seorang wanita warga Sri Lanka nekad menikam dan mengelar suaminya pada bahagian kemaluan serta leher dalam kejadian di Meru, Jelapang di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pada pukul 12.36 tengah malam, mangsa yang berusia 40 tahun itu mengalami kecederaan parah selepas ditikam dan dikelar menggunakan sebilah pisau.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, mangsa yang juga warga Sri Lanka itu dijumpai orang awam dalam keadaan berlumuran darah sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan kecemasan.

“Kita mengesyaki kejadian itu berlaku semasa mangsa tidur. Sebelum kejadian itu, telah berlaku perselisihan faham antara mangsa dan isterinya.

“Mangsa kemudian melarikan diri keluar dari premis itu untuk meminta pertolongan sebelum dijumpai orang awam dan menghantarnya ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

Tambah Mohamad Nordin, suspek yang juga isteri mangsa berusia 48 tahun kini dipercayai telah melarikan diri.


“Polis menjumpai senjata yang digunakan mangsa iaitu sebilah pisau selepas pemeriksaan di lokasi kejadian dijalankan.

“Berdasarkan corak tompokan darah yang ditemui, kejadian itu bermula dari atas tilam hingga ke luar bangunan tempat kejadian,” katanya.

Katanya, pasangan suami isteri tersebut masuk ke negara ini secara sah sebagai pelancong dan berpindah randah antara satu negeri ke negeri lain.

“Usaha sedang dijalankan bagi mengesan suspek dan siasatan kes ini dijalankan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga,” katanya.

Kategori