Isteri Izzue Islam Nafi Khabar Angin Sudah Berbadan Dua

ADA khabar angin mengatakan isteri kepada salah seorang ahli kumpulan Forteen, Izzue Islam sudah berbadan dua berdasarkan  foto yang terdapat di laman Instagram.

Namun dinafikan oleh empunya badan iaitu Awin sendiri kepada sebuah portal akhbar tempatan.

Isteri Izzue Islam Nafi Khabar Angin Sudah Berbadan Dua

Bagaimanapun Nurinafilah Waharudin, 34, tidak berkecil hati dengan pertanyaan itu malah menganggapnya sebagai satu doa buat mereka.

“Tidaklah, setakat ini belum ada rezeki lagi untuk dikurniakan cahaya mata. Mereka saja usik-usik dan saya tidak terasa hati pun.

“Memang ramai yang bertanya mungkin kerana baju saya besar waktu itu, saya anggap ia seperti satu doa buat kami, mana tahu satu hari nanti Allah akan makbulkan,” ujarnya kepada portal itu.

Isteri Izzue Islam Nafi Khabar Angin Sudah Berbadan Dua

Walaupun hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga sejak Jun 2013, Awin menyerahkan segalanya kepada takdir dan belum pernah mencuba sebarang rawatan termasuklah In Vitro Fertilisation (IVF) dalam usaha mendapatkan zuriat.

“Saya menyerahkan perkara itu kepada takdir dan rezeki sahaja, setakat ini belum ada lagi berusaha untuk menjalani rawatan-rawatan untuk hamil termasuk IVF.

“Insya-Allah kalau ada rezeki anak nanti saya akan beritahu kepada semua, apa yang penting terus doakan kami supaya diberi rezeki,” ujarnya.

Zuriat merupakan penyeri hidup dan impian bagi setiap pasangan yang berkahwin. Namun tidak semua bertuah untuk memilikinya. Cepat atau lambat adalah urusan Allah Taala.

Semoga pasangan ini tabah menhadapi ujian ini dan teruskan usaha serta banyakkan berdoa. Kami percaya, peminat-peminat anda turut mendoakan yang terbaik untuk kalian. -MYNEWSHUB.CC

1 Comment

Leave a Reply