Tahniah! Isteri Hafiz Suip Hamil 11 Minggu

TAHNIAH diucapkan buat penyanyi Hafiz Suip yang dikhabarkan bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, Hafiz, 27, memuat naik video isterinya sedang melakukan pemeriksaan di hospital berserta kapsyen, “Assalamualaikum semua, Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi.”

Assalamualaikum semua,Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi.. #hafizsuipjourney #hafizeffyjourney

A post shared by hafizsuip (@hafizsuip) on

Sementara isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah, 24, pula memuat naik gambar proses imbasan yang dilakukan.

Dalam perkongsian itu, Nureffy mengatakan dia kini sedang hamil 11 minggu dan berharap anak dalam kandungan membesar dengan baik dan sihat.

Tahniah! Isteri Hafiz Suip Hamil 11 Minggu

Hafiz dan Nureffy mendirikan rumah tangga pada 14 Mei tahun lalu di kediaman pengantin perempuan di Taman Matang Jaya, Kuching, Sarawak. – MYNEWSHUB.CC