Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Produk Kecantikan Bernilai RM75,000...

PASIR MAS - Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menemukan 1,500 botol produk kecantikan...

Kekal Sikap Perpaduan, Elak...

TAIPING - Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan meminta anggota Polis Diraja Malaysia...

Suami Isteri Maut Nahas...

KEMAMAN - Sepasang suami isteri maut selepas kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan...

Iflix Jangka Mengubah Landskap...

KUALA LUMPUR - iflix, perkhidmatan TV Internet yang baru dilancarkan di Malaysia, dan...

Isteri Guan Eng Akan Dituduh Mengikut AMLA

GEORGETOWN – Betty Chew Gek Cheng, isteri bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan dituduh di Mahkamah Butterworth di sini, Selasa ini.

Peguamnya, Lee Khai mengesahkan perkara itu ketika ditemui selepas meninggalkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang, petang tadi.

“Beliau akan dituduh mengikut Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001,” katanya.

Difahamkan siasatan dilakukan berkaitan syarikat Excel Property Management and Consultancy Sdn Bhd.

SPRM menahan isteri bekas Menteri Kewangan itu pada jam 10.45 pagi, selepas hadir ke pejabat SPRM di sini.

Beliau membayar ikat jamin RM50,000 dan meninggalkan pejabat SPRM kira-kira jam 4.30 petang.

Pagi tadi, Guan Eng didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan meminta rasuah membabitkan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.


Guan Eng, 59, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, pada Mac 2011 dan didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.

Guan Eng juga dijadual dituduh di mahkamah Butterworth, Isnin ini bagi kes lain.

Beliau bertugas sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dari 2008 hingga 2018. – BH Online

Kategori