Isteri Gemuk Punca Sukar Dapat Zuriat?

KUALA LUMPUR – Isteri yang gemuk dan kekurangan kepada lelaki menjadi salah satu punca pasangan di negara ini sukar mendapat zuriat pada zaman ini.

Begitulah kesimpulan yang dibuat Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad sewaktu menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) dalam sesi pertanyaan-pertanyaan menteri dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Ismail bertanyakan mengenai faktor peningkatan pasangan yang mendapatkan rawatan kesuburan di hospital-hospital awam dan swasta.

Selain itu, Dzulkefly turut menyifatkan faktor pemakanan sebagai satu lagi faktor kepada pasangan suami isteri sukar memperoleh zuriat.

“Mutakhir akhir zaman ini, kesuburan selain lelaki dan wanita antara lain telah saya bayangkan barang kali kegemukan isteri dan kekurangan suami . Kedua-duanya dikenal pasti punya kelemahan.


“Dan sama ada ia berbentuk immunologikal, hormon atau struktural atau apa pun sebabnya termasuk tiub falopio tersumbat dan sebagainya . Saya yakin juga daripada pemakanan adalah sangat mustahak,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Loading...