Isteri Disahkan Hamil, ‘Lan Todak’ Bakal Bergelar Bapa

TAHNIAH kami di Mynewshub ucapkan kepada pelakon yang terkenal menerusi watak Lan Todak, Sharnaaz Ahmad apabila bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

Dikhabarkan, isteri Sharnaaz iaitu Noor Nabila yang juga merupakan kakak kepada pelakon cantik, Neelofa kini sedang hamil anak pertama mereka.

Perkhabaran gembira itu dikongsi oleh Nabila menerusi satu entri laman Instagram miliknya yang dimuat naik pada petang Khamis.

Menurut Nabila, dia bersyukur atas rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT itu selain memohon dipermudahkan segala urusan.

“Alhamdulillah berkat doa semua, kami dianugerahkan rezeki dan hadiah terindah dari Allah swt. Doakan segala urusan kami dipermudahkan dan doakan baby sihat sempurna insyaAllah Amin ❤👶🏼😍 #somethingsweetisbaking,” tulis Nabila.

Perkongsian yang menerima lebih daripada 70,000 tanda suka itu dilihat menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Di mana rata-rata antara mereka tidak henti-henti membanjiri ruangan komen entri berkenaan dengan meninggalkan mesej positif buat pasangan sama cantik sama padan itu.

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Sharnaaz dan Nabila di atas khabar gembira ini. Kami doakan semoga bayi dalam kandungan dan ibunya sentiasa sihat dan dirahmati Allah. Insha-Allah! – MYNEWSHUB.CC/AM

Loading...