Isteri Dihina Ambil Air, Lelaki Ini Bina Perigi Sendiri

MUNGKIN apa yang dilakukan lelaki ini tidaklah sehebat Taj Mahal, iaitu monumen yang dibina atas perintah Maharaja Mughal Shah Jahan untuk isteri tercinta, Mumtaz Mahal. Tetapi, usahanya itu sungguh luar biasa.

Gara-gara tidak sanggup melihat isterinya dihina ketika meminta air daripada orang kaya di kampungnya, seorang lelaki di pedalaman India dilaporkan media tempatan sebagau sanggup mengali perigi sendiri.

Bapurao Tajni yang berasal dari Kalambeshwar, Daerah Washim, Nagpur itu dikatakan melakukan pekerjaan dianggap ‘besar’ tersebut selama 40 hari berseorangan.

Tajni sekeluarga yang merupakan golongan kasta orang miskin dikatakan selalu meminta air daripada orang kaya.

Bagaimanapun, suatu hari ketika isteri Tajni meminta izin ingin mengambil air dari dari perigi orang kaya, permintaan wanita itu ditolak dengan penuh penghinaan.

Usaha Tajni yang mengali perigi sendiri berseorangan sedalam hampir lima meter sekali gus mengejutkan orang ramai. Tambahan pula, tiada orang yang berjaya mencari air di wilayah itu kerana kawasannya yang berbatu.

Ini kerana, mengali perigi merupakan kerja berat dan memerlukan sekurang-kurangnya 5 orang untuk mengalinya.

Malah, ada juga yang menganggapnya sudah gila dan merasakan apa yang dilakukan Tajne hanyalah sekadar pekerjaan sia-sia. – MYNEWSHUB.CC

Loading...