Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Lebih Sudu Dari Kuah,...

1. YB Teo Nie Ching selaku Timbalan Menteri Pendidikan sekali lagi dilihat mendahului...

Harimau ‘Awang Besul’ Disahkan...

KUALA LUMPUR - Awang Besul, harimau belang yang ditangkap selepas berkeliaran di sekitar...

PBNJ Jamin Harga Tiket...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) memberi jaminan harga tiket...

KDN Kenal Pasti Kaedah...

JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mengenal pasti kaedah terbaik untuk...

Isteri Benarkan Wincci Peluk, Duduk Atas Peha Aaron

PELAKON jelita, Soo Wincci memberitahu dia berharap tiada peminat yang salah faham apabila menonton aksi mesranya bersama Aaron Aziz dalam filem terbaharu lakonan mereka, Kau Yang Satu.

Menurut Soo, dia sudah mendapat kebenaran dari isteri Aaron, Diyana Halik untuk melakonkan babak mesra seperti memegang, memeluk dan duduk di atas peha aktor tersebut.

“Sebelum kami menjalani penggambaran, saya dan Aaron memasuki kelas drama bagi mencari keserasian kerana ini merupakan kali pertama kami bergandingan.

“Masa latihan, tidak dinafikan saya berasa kekok untuk melakonkan babak sebegitu dengan dia. Tetapi, kami perlu berikan yang terbaik semasa di dalam set.


“Pada pulanya memang segan kerana Diyana turut berada ketika itu. Nasib baik dia seorang yang sangat memahami dan dia benarkan kami melakonkan babak mesra,” kata Soo kepada mStar Online.

Walau bagaimanapun, Soo mengakui sudah bersedia menerima kritikan dan kecaman dari penonton terhadap lakonannya sebagai Isabella dalam filem tersebut.

“Watak Isabella amat berbeza dengan diri saya. Mungkin ramai akan kecam, tetapi saya sudah bersedia kerana bila dikecam, bermaksud lakonan saya berjaya,” katanya. –MYNEWSHUB.CC

Kategori