Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Terbaru! Apple Perkenal iPhone...

BERITA baik buat pengemar warna merah saga kerana iPhone 7 dan iPhone 7...

Ribut Landa Depan Pejabat...

PENDUDUK yang tinggal di kawasan Lembah Klang hari ini digemparkan dengan cuaca buruk...

Kereta Exco Perlis Dilempar...

ALOR SETAR - Kereta Exco Perlis, Mat Hassan menjadi sasaran cat merah yang...

Skim Cepat Kaya: 16...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 16 individu disyaki terlibat skim...

Isteri Anggota Polis Maut Terkena Renjatan Elektrik

KUALA LUMPUR – Isteri seorang anggota polis maut selepas terkena renjatan elektrik semasa membuat panggilan telefon bimbit yang sedang dicas di kediamannnya di Taman Desa Baiduri, Cheras.

Wanita itu Suhana Mohamad, 30, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital susulan insiden pada 11.30 malam pada Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Supt Abdul Ghani Mohamad Ji berkata suami wanita itu yang bertugas di Bukit Aman terus membawa isterinya ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia di sini untuk rawatan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital itu dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Abdul Ghani berkata jenazah wanita itu dibawa pulang ke kampung halamannya di Gua Musang, Kelantan petang semalam dan akan dikebumikan pada pagi ini.


Mangsa meninggalkan seorang anak lelaki berumur lima tahun dan seorang anak perempuan berumur dua tahun. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori