Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Nancy Yakin SPAD Amal...

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri yakin Suruhanjaya...

3 Muka Baharu Hadapi...

KUALA LUMPUR – Tiga muka baharu adalah antara 23 pemain disenaraikan Bojan Hodak...

Sehelai Spender Aku Pun...

ALAMAK.. makin lama, makin panas konflik yang berlaku antara pelakon Rita Rudaini dan...

Penjawat Awam Perlu Kerja...

KANGAR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah mengingatkan penjawat...

Istanbul Tumpuan Pelancong Botak Tanam Rambut

ISTANBUL – Dalam senarai kegiatan ke Istanbul, pelancong Palestin yang dikenali sebagai Jameel ini mahu melawat Masjid Biru dan menikmati Bosphorus, sama sahaja seperti pelawat asing lain.

Namun beliau mempunyai satu lagi hajat istimewa iaitu menerima 1,500 helai rambut diimplan! Apa tidaknya, kaedah tanam rambut itu semakin menjadi popular dalam kalangan pelancong di bandar raya terbesar Turki itu.

Dengan lebih 300 buah klinik yang pakar dalam pemindahan rambut sahaja, Istanbul semakin menjadi hab industri itu. Ia menarik ramai pesakit dari serata dunia tetapi kebanyakan dari Timur Tengah dan rantau Teluk Parsi.

Pakar bedah berpengalaman, teknologi moden dan harga berpatutan menjadi antara sebab pelancong Asia Barat sanggup datang ke Istanbul, satu-satunya kota raya di dunia yang terletak antara benua Eropah dan Asia.

Dan pertumbuhannya dalam beberapa tahun kebelakangan ini menjadi satu perangsang bagi ibu kota lama Turki ini susulan kedatangan pelancongan asing jatuh mendadak sejak beberapa siri serangan pengganas pada 2016 lalu.

Pemandangan golongan lelaki dewasa selamba bersiar-siar dengan kepala dicukur dan masih lagi dibalut selepas pembedahan boleh dilihat sebagai panorama biasa di sekitar hab pelancongan Istanbul seperti Dataran Taksim.

Mereka juga boleh dikenal pasti melalui cekak rambut berjenama klinik rawatan – sehinggakan menjadi bahan gurauan penduduk Istanbul bahawa lelaki yang kepalanya dibalut mungkin menjadi simbol terbaharu bandar itu.

Pakej yang ditawarkan kepada para pesakit asing termasuk mereka akan dijemput pihak klinik berkenaan terus dari lapangan terbang, penginapan di mana-mana hotel, kos pembedahan dan tentunya melancong di bandar tersebut.


Dengan harga hanya serendah 1,200 euro (kira-kira RM5,678) sahaja, seorang pesakit boleh berada di sekitar Istanbul selama tiga hari dan mendapat rawatan perubatan yang bermutu setanding klinik ternama di luar negara.

Sekadar perbandingan kos, pembedahan untuk pesakit botak yang serupa boleh menelan belanja sehingga 6,000 euro (kira-kira RM28,400) di negara-negara Eropah, atau kurang sedikit jika dilakukan pula di Timur Tengah.

Emre Ali Kodan, perunding Persatuan Pelancongan Kesihatan Turki berkata, lebih 5,000 pesakit asing datang ke Istanbul setiap bulan untuk rawatan tanam rambut, majoriti dari Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan Qatar.

“Kami menjangka pertambahan positif 10 peratus dalam industri transplan rambut sepanjang 2017 dan mungkin boleh mencecah 6,500 pesakit sebulan. Ada juga minat pesakit dari Greece, Itali dan Rusia,” kata beliau lagi.

Pembedahan dijalankan dengan kaedah folikel rambut dikeluarkan satu persatu secara terus dari kulit kepala atau FUE. Lubang kecil itu kemudian ditutup dengan mudah oleh rambut yang diambil, selalunya dari belakang kepala.

Prosedur tersebut lazim memakan masa sekitar lapan hingga 10 jam, sementara rambut yang ditanam mengambil masa berminggu atau berbulan untuk berakar dan kemudian tumbuh semula. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori