Istana Mahu Sekat Komen ‘Haters’ Terhadap Meghan, Kate

SELAIN Ratu Elizabeth, nama dua lagi wanita dalam keluarga diraja Britain iaitu Meghan Markle dan Kate Middleton sering menjadi bualan ramai.

Hal itu dibuktikan apabila nama mereka berdua khususnya sering diperkatakan menerusi media sosial.

Lebih teruk, banyak perkara buruk disebarkan mengenai dua wanita itu termasuklah pelbagai tuduhan liar mengenai persengketaan mereka.

Enggan membiarkan ia berlarutan, pihak Istana Kensington akhirnya mengeluarkan garis panduan dalam talian untuk mengatasi hal itu.

Menurut kenyataan istana, Meghan dan Kate sering menjadi mangsa ‘komen bersifat jahat’ menerusi laman sosial.

Antara yang dimuatkan dalam garis panduan itu termasuklah amaran untuk menyekat komen yang bersifat ugutan, kebencian dan menyakitkan hati.

Selain itu, anggota keluarga diraja itu turut menerima komen berbentuk seksis dan perkauman khususnya sejak Meghan berkahwin dengan Putera Harry pada tahun lalu.

Menurut pihak istana lagi, mereka juga berhak untuk memadam komen-komen jahat dan membuat laporan polis jika wujud kenyataan yang tidak berasa terhadap mereka.

“Garis panduan ini diselaraskan untuk membentuk persekitaran dalam talian yang lebih selamat,” ujar wakil istana. – Edition.CNN

Loading...