Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Thai Cekup Lanun IT...

BANGKOK – Pengasas bersama laman web perkongsian fail ternama, The Pirate Bay, Fredrik...

Mangsa Kebakaran Terima RM10,000...

BAGAN SERAI - Sebuah keluarga yang kerugian lebih RM250,000 selepas rumah mereka di...

APMM Turut Lancarkan Operasi...

SETIU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) turut meyertai operasi mencari dan menyelamat...

PFAM Sampai Sumbangan Kepada...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) hari ini menyampaikan...

Istana Johor Tiada Hak Campur Tangan Isu Had Umur Belia

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan bahawa Istana Johor tiada hak untuk campur tangan dalam urusan penentuan had umur belia di negeri berkenaan.

Mahathir berkata, sekiranya didapati ada campur tangan istana berhubung perkara itu, kerajaan akan membatalkan keputusan kerajaan negeri yang mengekalkan had umur belia kepada 40 tahun.

“Kita tak bincang, tetapi ada cerita (campur tangan istana).

“Istana tiada hak. Jika didapati ada campur tangan istana, kita akan batalkan keputusan itu,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan kerajaan negeri Johor yang tetap dengan pendirian untuk mengekalkan had umur golongan belia kepada 40 tahun di negeri berkenaan.

Terdahulu media tempatan hari ini melaporkan, Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, kerajaan negeri menganggap isu had umur belia di Johor selesai dan tetap dengan pendirian untuk mengekalkan had umur golongan tersebut kepada 40 tahun.


Jelasnya, dalam tempoh sebelum pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia 2007 Akta 668 diwartakan, kerajaan negeri akan melakukan perjumpaan dengan semua pihak terlibat termasuk persatuan belia.

Beliau turut berharap Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Sheikh Umar Ali akan bekerjasama dengan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjayakan pertemuan itu.

Minggu lalu, kerajaan negeri Johor membuat kejutan dengan kembali mengekalkam had umur belia di negeri itu kepada 40 tahun selepas lapan jam menerima pindaan umur belia 15 hingga 30 tahun.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali, berkata pengekalan had umur belia negeri ini kepada 40 tahun dibuat selepas selepas perbincangan lanjut dan atas nasihat beberapa pihak.

Kategori