Istana Johor Dan Rakyat Berpisah Tiada

NEGERI Johor dari dulu memang agak unik. Bukan kerana laksanya, tetapi institusi dirajanya.

Satu-satunya negeri yang mana institusi dirajanya sangat dekat dengan rakyat.

Jika mahu tahu apa dimaksudkan dengan raja dan rakyat berpisah tiada lihatlah kepada Johor.

Jangan beranggapan hujah ini “cliche” kerana ia fakta yang tidak sesekali akan lapuk.

Orang lama Johor malah kerap bercerita institusi raja mereka tidak pernah mengabaikan rakyatnya.

Istana Johor sentiasa mengutamakan kepentingan rakyatnya dalam apa keadaan.

Daripada seberat-berat isu pentadbiran negeri dan politik sehinggalah kepada kebajikan.

Institusi diraja Johor mengikuti rapat perkembangan semasa melibatkan rakyatnya.

Sebagai contoh isu pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang beberapa tahun lalu.

Insiden itu tersangat mengundang kemurkaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Ia disebabkan pencemaran bahan kimia itu menjejaskan kesihatan sebilangan rakyat Johor.

Sehinggakan baginda menitahkan pihak berkuasa segera menangkap dan menghukum pelakunya.

Istana Johor seterusnya mengurniakan sumbangan sebanyak RM1 juta.

Bertujuan memperhebatkan operasi menyelamat, merawat dan mencegah pencemaran tersebut.

Pendakwah Ebit Lew pada Februari lalu mendedahkan tentang sumbangan Tunku Mahkota Johor.

Sumbangan Tunku Ismail Sultan Ibrahim kepada beliau untuk membeli sebanyak 500 unit gajet.

Gajet itu khas buat pelajar yang memerlukan untuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Terbaru 1.7 juta pelitup muka turut diagihkan Istana Johor kepada kepada golongan pelajar sekolah.

Ia berikutan kes Covid-19 yang semakin memburuk di Malaysia termasuk di Johor.

Itu belum termasuk begitu banyak bantuan terus kepada golongan memerlukan oleh Istana Johor.

Berhubung pentadbiran negeri, institusi diraja Johor akan memastikan setiap dasar memihak rakyat.

Ketegasan institusi diraja Johor dalam perkara itu terbukti dalam banyak isu sebelum ini.

Termasuk dalam konflik pelantikan Menteri Besar yang pernah menyusahkan rakyat dan negeri itu.

Waima berkenaan cukai yang tidak disukai rakyat dan kemelut pembentukan kerajaan negeri.

Terbaru mengenai Ordinan Darurat yang menghalang persidangan Parlimen dan DUN diadakan.

Semua Ahli Parlimen dan ADUN Johor dititah mengadakan perbincangan secara pemesyuaratan.

Supaya dapat terus mengembleng khidmat membantu rakyat yang terkesan akibat Covid-19.

Ini bermaksud walaupun Parlimen dan DUN tidak dibenar bersidang oleh Kerajaan Persekutuan.

Wakil rakyat Johor tetap dapat menjalankan tanggungjawab mereka kepada rakyat negeri itu.

Begitulah perihal tentang institusi diraja Johor. Paling utama adalah tentang rakyatnya.

Institusi diraja Johor yang lebih mementingkan rakyatnya berbanding keperluan orang politik. – Mynewshub.TV