Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

MRSM Kekal Cemerlang, 1,109...

TERBAIK... Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) sekali lagi telah berjaya mencapai prestasi yang...

Dato Terlajak Laris Bengang...

KESIAN dengan pengasas D'Herbs yang popular dengan trademark Terlajak Laris apabila tak semena-mena...

Derita Wanita Miliki Bibir...

SEORANG wanita Inggeris terpaksa melakukan pembedahan vagina, selepas dia menjadi bahan ejekan bekas...

Kes Saman SR Didengar...

MARANG - PAS melahirkan keyakinan untuk memenangi kes saman fitnahnya ke atas Sarawak...

Israel Puji AS Henti Bantu UNRWA

ISRAEL memuji keputusan Amerika Syarikat menghentikan pemberian dana kepada agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyediakan khidmat pendidikan, kesihatan dan khidmat lain kepada pelarian Palestin.

“Israel mengalu-alukan keputusan AS itu,” kata perdana menteri rejim Zionis, Benjamin Netanyahu melalui satu kenyataan dikeluarkan pejabatnya.

“Wang itu lebih baik disalurkan kepada pertubuhan lain yang akan menggunakannya untuk manfaat penduduk dan bukan meneruskan pelarian.”

Kerajaan negara Yahudi itu telah lama mengadu kepada AS bahawa agensi tersebut, yang memberi bantuan kepada pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) memanjangkan lagi konflik kerana ia secara tidak langsung menyokong “hak untuk kembali” pelarian Palestin, hak yang ditentang oleh Israel yang telah merampas tanah air mereka.

Ketua delegasi Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) ke AS, Husam Zomlot mendakwa pentadbiran Trump memungkiri komitmen antarabangsanya dan membuat tindakan bagi pihak Israel.


“Dengan menyokong pandangan paling ekstrem Israel dalam semua isu termasuk hak lebih daripada lima juta pelarian Palestin, pentadbiran AS telah kehilangan statusnya sebagai pendamai dan hanya memburukkan lagi keadaan,” kata Zomlot.

Pentadbiran Trump mengambil pandangan paling pro-Israel dalam isu Palestin-Israel, disebabkan hubungan baik Trump dengan Zionis di AS yang merupakan penyokong kuat dan pendana kempennya.

Trump pada Mei lalu melaksanakan keputusan memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis, mencetuskan protes warga Palestin yang kemudian ditangani dengan kekerasan oleh Zionis hingga menyebabkan kematian ramai orang awam. – Agensi

Kategori