Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Tauge Beri Inspirasi...

BERMODALKAN sayur tauge, iklan ini mampu meninggalkan kesan yang mendalam kepada penonton.Filem pendek...

Tiada Cadangan Ganti BR1M...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) daripada bayaran...

Kanye West Pecat Pengawal...

PENYANYI rap Kanye West, dikatakan telah memecat pengawal peribadinya selepas lelaki itu berborak...

Syed Saddiq Mohon Maaf...

MENTERI Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bertanggungjawab sepenuhnya dan memohon...

Israel Potong Elaun Ibu Bapa Anti-Vaksin

SETIAP bulan, kerajaan Israel menghantar sekeping cek tunai kepada setiap keluarga warganegara yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang anak.

Lebih ramai anak anda, lebih banyak jumlah wang yang akan diterima.

Melainkan, jika anda memilih untuk tidak mengvaksinkan anak-anak anda.

Menurut satu klausa di dalam perjanjian koalisi yang ditandatangani bulan lalu oleh Parti Likud dan Parti Judaisme Torah Ortodoks Bersatu, Israel tidak akan menyediakan elaun kanak-kanak kepada keluarga yang enggan mengvaksinkan anak-anak mereka.

Jika klausa yang diusul oleh pakatan yang diterajui oleh Likud itu dimasukkan ke dalam sebahagian daripada belanjawan kerajaan tahun hadapan, ianya bakal menjadi satu ‘hukuman’ berat untuk golongan anti-vaksin.

Dalam laporan Pengawal Kewangan Negara pada tahun 2014, setakat 2010 lebih 10 peratus kanak-kanak Israel mempunyai ibu bapa yang menolak imunisasi.

Ibu bapa tersebut, menurut sebuah kajian daripada Universiti Haifa, majoritinya berasal daripada keluarga haredi dan golongan berpendapatan rendah, serta golongan kelas atasan negara tersebut.


Dalam pada itu, menurut kumpulan hak undang-undang Arab-Israel bernama Adalah, kadar vaksinasi adalah rendah di kalangan rakyat Israel berketurunan Badwi oleh kerana kekurangan akses kepada perkhidmatan kesihatan.

“Terdapat satu fenomena di mana ibu bapa tidak imunisasikan anak-anak mereka,” kata Yaakov Isaac, jurucakap kepada Timbalan Menteri Kesihatan, Yaakov Litzman yang akan menentukan kriteria bagi ibu bapa yang layak menerima subsidi tersebut.

“Terdapat beberapa golongan–Badwi, haredi extremis–yang tidak mempercayai sistem kesiahatan.”

‘Ketakutan’ terhadap vaksin ini berpunca daripada mitos vaksin mengakibatkan autisme — satu kondisi yang telah disangkal oleh kajian saintifik — dilaporkan kurang berlaku di Israel berbanding di Amerika Syarikat. – Haaretz/MYNEWSHUB.CC

Kategori