Ismail Sabri Terhibur Kemeja Batik Juadah Ramadan

KUALA LUMPUR – Baju batik Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali lagi menjadi bahan bualan netizen – kali ini kerana mengingatkan mereka mengenai keenakan pelbagai juadah Ramadan.

Menteri itu gemar mengenakan kemeja batik bercorak kontemporari ketika sidang media harian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Rona dan corak baju beliau yang cukup unik menjadikan pilihan fesyen beliau tular di media sosial sebelum ini. Terkini, ia menjadi ‘inspirasi’ kreativiti netizen yang memuat naik kompilasi kemeja batik beliau yang disamakan dengan pelbagai juadah tempatan dan hidangan minuman yang menyelerakan.

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Hantaran mengusik itu turut mencuri perhatian beliau.

“Kreatif betul warga net. Baju saya dah jadi kueh-mueh.

“Saya ingat saya jadi model batik Malaysia je. Rupa-rupanya jadi model kueh dan ice cream pulak,” seloroh beliau menerusi hantarannya di Facebook.

Gambar rekaan rakyat memaparkan gambar beliau dan juadah yang mengikut tema baju batiknya seperti kek lapis, jus tembikai, air batu campur (ABC) dan agar-agar.

Menteri itu berterima kasih terhadap hantaran warganet yang mencuit hati beliau serta turut memberi ucapan ‘jenaka’ untuk seluruh rakyat Malaysia “Selamat berbuka puasa dengan kueh mueh baju saya ya.”

Hantaran itu telah mencapai 870 perkongsian berserta dengan lebih 600 komen positif daripada warganet.

Pengguna Facebook Zainab Sahak memberikan komen, “Tahniah buat Datuk Seri, sebab telah menjadi model yang paling penting buat kami rakyat Malaysia, bukan sahaja untuk menu makanan tetapi juga untuk kawalan keselamatan untuk kita semua, ….seronok melihatnya.”

Nabillah Hamid memberi komen Latest baju Dato, membuatkan saya teringin nak makan apam polka dot cicah teh-o panas..”

Hantaran itu turut menarik perhatian pereka fesyen dan menantu beliau, Jovian Mandagie yang kongsikan gambar berkenaan di Instagram dengan kapsyen “Lapar sangat ye kamu semua ni?”

Loading...