Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Jutawan Tuduh Model Beri...

SEORANG jutawan yang digelar `Raja' Instagram dilaporkan telah memfailkan saman ke atas seorang...

Seluar Terlondeh Ketika Cuba...

SEORANG remaja lelaki terpaksa menanggung malu apabila seluarnya terlondeh semasa cuba bergambar 'selfie'...

Kesemua Pelajar Tajaan MARA...

KUALA LUMPUR - Kesemua pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Paris selamat...

Peluang Golongan Muda Di...

KANGAR - Berikutan permintaan yang semakin meningkat terhadap produk pertanian bernilai tinggi, kerajaan...

Ismail ‘Kantoi’ Curang Enam Kali?

KUALA LUMPUR: Mula mengenali hati budi sejak di bangku sekolah pada 2014, namun, bibit cinta antara penyanyi Ismail Izzani, 21, dan Shalma Eliana, 21, mekar empat tahun kemudian.

Namun, mengharapkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Perhubungan selama tujuh tahun terlerai tanpa diduga selepas mempunyai perancangan membawa hubungan ke peringkat lebih serius.

Menerusi program Melodi di TV3, Ismail membuat pengumuman mengejutkan apabila mengesahkan perpisahannya dengan Shalma ketika mempromosikan filem Dendam Penunggu.

Ketika ramai mengharapkan cinta antara anak penyanyi popular era 1980-an, Datin Suliza Salam itu bersama Shalma bakal berakhir dengan ikatan suci, namun, ketentuan takdir memisahkan mereka.

Mengulasnya, penyanyi lagu Luar Biasa itu berkata, hubungan cintanya sudah berakhir.


“Saya dan Shalma memilih membawa haluan hidup masing-masing. Saya mempunyai banyak perkara yang ingin diterokai. Lagipun, banyak benda berlaku, jadi saya memerlukan ruang untuk mencari diri sendiri.

“Saya mengakui pernah melakukan kesilapan. Saya memburukkan keadaan, namun, saya tidak mahu cakap saya kini belajar dari kesilapan.

“Ketika ini, saya mahu fokus kepada diri sendiri, keluarga dan orang sekeliling yang banyak memberikan semangat,” katanya kepada BH Online.

Baca berita penuh di Berita Harian Online Di sini

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori