Islam Tidak Hukum Orang Berzina Secara Sembunyi?

KUALA LUMPUR – Ajaran Islam tidak akan menjatuhkan hukuman ke atas umatnya yang mengerjakan kemungkaran atau maksiat jika ia dilakukan secara sembunyi.

Itu pandangan yang cuba disampaikan oleh Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mengenai hukuman yang boleh dikenakan ke atas pesalah syariah termasuk berzina.

Beliau memperkuatkan hujahnya dengan memetik kenyataan tokoh agama, Al-Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi bahawa kemungkaran yang dilakukan umat Islam mesti nyata dan dapat dilihat.

“Jika pelakunya melakukannya secara sembunyi dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau menyerbu rumahnya.

“Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat,” kata Mohd. Asri menerusi laman Facebook beliau hari ini.

Beliau dipercayai berkata demikian bagi mengkritik Himpunan 355 di ibu negara hari ini yang bertujuan menyokong usaha PAS untuk mempertingkatkan hukuman yang boleh dikenakan oleh Mahkamah Syariah.

Mohd. Asri seterusnya berkata, Islam melarang perkara tersebut kerana ia boleh mengaibkan penzina seperti yang terkandung dalam hadis muslim.

“Ya, Islam memang haram zina dan maksiat seks. Namun, Islam juga mengharamkan mendedahkan aib orang lain yang bersifat peribadi dan tidak ancam keselamatan awam dan empunya (penzina) berusaha menutupinya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Loading...