Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Seorang Maut, Seorang Cedera...

PORT DICKSON - Seorang penunggang motosikal maut manakala seorang pemandu kereta cedera dalam...

Najib Terima RM2.28 Bilion...

Seorang bekas ahli lembaga pengarah 1MDB mengesahkan sejumlah RM2.28 bilion ringgit wang dana...

Denda Lewat Bayar Cukai...

SHAH ALAM: Kerajaan negeri memutuskan pengecualian denda lewat bayar cukai taksiran pihak berkuasa...

Tiada Nota Pesan Untuk...

KUALA LUMPUR - Tiada nota pesanan ditinggalkan untuk bayi lelaki yang ditemui di...

Islam Bakal Muncul Agama Terbesar Dunia Pada 2070

NEW YORK – Agama Islam diramalkan bakal mempunyai jumlah penganut paling ramai di dunia menjelang tahun 2070 kelak, lapor akhbar berpengaruh Britain, The Telegraph.

Malah, ia satu-satunya agama yang sedang berkembang lebih pesat berbanding bilangan penduduk di dunia ini, menurut harian itu memetik kajian oleh Pusat Kajian Pew yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).

Menurut kajian itu, bilangan Muslim di seluruh dunia akan meningkat sebanyak 73 peratus antara 2010 hingga 2050, jauh lebih pantas berbanding 35 peratus bagi penganut Kristian, agama kedua paling pesat berkembang.

Dalam tempoh sama, jumlah penduduk di dunia dijangka cuma tumbuh 37 peratus. Jika kadar pertumbuhan itu kekal sehingga 2050, bilangan umat Islam akan lebih ramai berbanding penganut Kristian menjelang 2070.

Apakah faktor-faktor yang membawa kepada perkembangan pesat itu? Menurut The Telegraph dalam laporannya itu, ia sebahagiannya disebabkan oleh kadar kelahiran yang berbeza dalam kalangan penganut setiap agama.

Menurut Pusat Kajian Pew, penganut Islam buat masa ini konsisten dengan mempunyai kadar kelahiran paling tinggi, iaitu 3.1 kanak-kanak bagi setiap wanita berkahwin, dan ini disusuli oleh penganut Kristian pada 2.7.

Islam juga didapati mempunyai penganut lebih muda berbanding agama lain iaitu 34 peratus berusia di bawah 15 tahun, berbanding purata global ialah 27 peratus. Ini bermakna lebih ramai Muslim masih boleh mendapat anak.

Lagi satu faktor menarik, lapor The Telegraph, ialah lebih ramai penganut Kristian diramalkan sama ada akan murtad untuk memeluk agama lain atau keluar daripada agama itu dan tidak mengamalkan kehidupan beragama.

Sekitar 40 juta orang di seluruh dunia diramalkan akan memeluk agama Kristian, tetapi pada masa sama pula dianggarkan kira-kira 106 juta penganut Kritian dijangka murtad dan keluar daripada agama tersebut.

Baca: Hampir 1,000 Orang Masuk Islam Setahun Di Singapura

Juga: Cerita Unik Masjid Moscow, Kedua Terbesar Di Eropah

Secara keseluruhan pada 2010, terdapat seramai 1.6 bilion Muslim di dunia ini dan 2.17 bilion orang Kritian. Namun menjelang 2050, bilangan penganut Islam dijangka melonjak kepada 2.76 bilion dan Kristian pula, 2.92 bilion.


Jika jumlah penganut kedua-dua agama diunjurkan terus berkembang pada kadar pertumbuhan yang sama, bilangan Muslim akan lebih ramai berbanding orang Kristian menjelang 2070, menurut Pusat Kajian Pew.

Kajian tersebut menurut laporan The Telegraph juga menyatakan bahawa penganut Islam akan membentuk kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan jumlah penduduk di benua Eropah,

Tinjauan yang dijalankan pusat tersebut pada tahun lalu menunjukkan, kebanyakan penduduk di Hungary, Itali, Poland dan Greece berkata, mereka mempunyai pandangan yang tidak memihak kepada orang Islam.

Sementara sebaliknya pula, pandangan negatif terhadap masyarakat Muslim lebih jarang berlaku di Perancis, Jerman, Britain dan negara-negara di rantau utara dan barat Eropah.

“Mereka yang berhaluan Kanan dari segi ideologi lebih berkemungkinan berbanding yang berhaluan Kiri untuk mempunyai pandangan negatif terhadap Muslim,” menurut kajian tersebut.

Kajian tersebut meramalkan orang ateis, agnostik dan mereka yang tidak mengamalkan kehidupan beragama akan merosot daripada 16.4 peratus penduduk di dunia kepada 13.2 peratus menjelang 2050.

Meskipun demikian, komuniti golongan tanpa agama itu diunjurkan bertambah di benua Eropah dan Amerika Utara. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori