Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Abang Rogol Adik 13...

KAJANG - Tindakan sorang abang merogol adik kandungnya yang berusia 13 tahun membawa...

Pakar Psikologi Maut Dijerut...

Seorang pakar psikologi, Tania Trinidad Paredes meninggal dunia selepas meminta teman serumahnya menampar...

SKMM Digesa Sekat Laman...

SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa menyekat sebahagian laman Facebook (FB) yang...

PDRM Beku Cuti Untuk...

KUALA LUMPUR - Cuti pegawai dan anggota polis akan dibekukan untuk tempoh waktu...

Isi Minyak Percuma 2 Kali Sebulan Di Putrajaya

PUTRAJAYA – Penduduk Putrajaya yang menggunakan motosikal berkuasa 150cc dan ke bawah berpeluang mengisi minyak secara percuma dua kali sebulan menerusi inisiatif yang dilaksanakan Pemuda UMNO bahagian itu.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata program yang dilaksanakan pada setiap minggu kedua dan ketiga itu bertujuan meringankan beban kewangan di kalangan penduduk, khasnya generasi muda.

Tengku Adnan, yang juga Anggota Parlimen Putrajaya, berkata program itu yang bermula hari ini merupakan lanjutan daripada inisiatif yang dilaksanakan di Labuan dan Kuala Lumpur sejak bulan lepas, ternyata mendapat sambutan positif masyarakat.

“Program ini telah diadakan dua kali di Labuan, diikuti di Bandar Tun Razak, Segambut, Bukit Bintang, Setiawangsa dan Lembah Pantai di Kuala Lumpur dan ia akan diperluaskan ke kawasan lain secara berperingkat.

“Inisiatif ini akan diperluaskan lagi, dan akan diteruskan bergantung kepada keadaan ekonomi semasa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Jom Isi Minyak di stesen Petronas, Presint 9, di sini hari ini.


Dalam program yang bermula pada 6 petang itu, sebanyak 200 motosikal berjaya diisi, di mana penunggang dilihat begitu teruja apabila sanggup beratur seawal 5 petang. – BERNAMA

Kategori