Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

2 Maut, 270 Cedera...

GAZA - Tentera Israel membunuh dua penduduk Palestin dan mencederakan ramai mangsa lain...

Pencipta Lampin Pakai Buang,...

PENCIPTA pertama produk lampin pakai buang, Valeri Hunter-Gordon disahkan telah meninggal dunia pada...

JKNMPP Bikin Pembangkang Gelisah!

KUALA LUMPUR - Parti pembangkang kelihatan gelisah berikutan pengumuman kerajaan mahu mewujudkan Jawatankuasa...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KUANTAN - Jumlah mangsa banjir di Pekan dan Rompin setakat 9 malam ini...

Iran Dan Rakan Dagang Tubuh Sistem Baharu Elak Sekatan AS

NEGARA yang masih kekal dalam perjanjian nuklear Iran akan mewujudkan satu sistem pembayaran baharu untuk mengekalkan perdagangan dengan Iran dan melepasi sekatan Amerika Syarikat.

Sistem ini akan membantu syarikat minyak dan perniagaan untuk meneruskan perdagangan tanpa bergantung pada pasaran dunia yang dipimpin AS dan matawang dolar.

Bagaimanapun, masih belum jelS bagaimana sistem itu akan berfungsi.

Awal tahun ini, Presiden Donald Trump menarik keluar AS daripada perjanjian nuklear Iran yang dicapai pada tahun 2015 itu.

Perjanjian itu, dikenali secara rasmi sebagai Pelan Bertindak Komprehensif Bersama dirunding semasa pentadbiran Presiden Barack Obama.

Persetujuan ini menuntut Iran menghadkan aktiviti nuklearnya dan sebagai balasan, beberapa sekatan ditamatkan.

Ketua dasar luar Kesatuan Eropah, Federica Mogherini mengumumkan pelan itu selepas perbincangan di PBB dengan negara-negara yang kekal dalam perjanjian – Britain, China, Perancis, Rusia, dan Jerman.


Satu kenyataan menyebut yang negara-negara terbabit bertekad untuk melindungi kebebasan aktiviti ekonomi mereka untuk meneruskan perniagaan yang sah dengan Iran.”

Mogherini berkata pakar teknikal akan membincangkan perincian mekanisme pembayaran baharu itu.

Penganalisis bagaimanapun meragui keberkesanan sistem itu kerana AS berkeupayaan untuk mengubah bentuk sekatannya untuk mengenakan sebarang sistem baharu.

Trump menggelar perjanjian nuklear Iran itu sebagai “berat sebelah,” “bencana,” dan “yang terburuk pernah saya saksikan.”

Beliau percaya tekanan baharu terhadap ekonomi Iran yang akan berkuat kuasa Ogos akan memaksa Iran bersetuju dengan perjanjian baharu nanti. – BBC

Kategori