Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Isteri Pertama Halang Sebab...

HALANGAN daripada keluarga atau isteri pertama menjadi penyebab utama sebilangan warga Malaysia bernikah...

Matador Maut Ditanduk Lembu...

PARIS - Akibat kakinya tersangkut pada pakaian, matador kelahiran Perancis, Ivan Fandino, meninggal...

Kementerian Kawal MARA Diputuskan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan dijangka membuat keputusan mengenai kementerian yang akan bertanggungjawab terhadap...

A. Aida Dilamar Aktor...

GOSIP bertebaran sejak Ramadan lalu konon Datuk A. Aida hangat bercinta pelakon muda...

Iran Ancam Tarik Diri Daripada Perjanjian Nuklear

LONDON – Duta Iran ke Britain, Hamid Baeidinejad, berkata Tehran mungkin menarik diri daripada menandatangani perjanjian nuklear, jika Amerika Syarikat terlebih dahulu mengambil tindakan yang sama.

Malah, Hamid berkata, negaranya sedia untuk kembali kepada keadaan sebelum ini, sekiranya Amerika Syarikat menarik diri daripada pakatan yang dibentuk pada 2015, susulan ancaman yang dibuat Presiden Donald Trump.

“Apabila Amerika Syarikat keluar dari perjanjian ini, ia bermakna tiada lagi perjanjian.

“Ini kerana, pihak yang mempunyai kepentingan sudah membatalkannya dan dengan jelas melanggar perjanjian itu,” katanya kepada wakil CNN, Christiane Amanpour.

Sebelum ini, Trump dilaporkan mengancam untuk membatalkan perjanjian yang dirangka pada 2015 antara Tehran dan enam kuasa dunia.


Washington diberi tempoh sehingga 12 Mei ini, untuk memperbaharui sokongannya terhadap perjanjian itu.

Perjanjian itu bakal menguatkuasakan sekatan lebih ketat terhadap program nuklear Iran, bagi membolehkan sekatan ekonomi terhadap negara itu dilonggarkan. – AFP/BH ONLINE

Kategori