Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jalan Balak Bercerun Punca...

BINTANGOR – Keadaan jalan menuju ke Rumah Uging Anak Ugian di Nanga Melayung,...

KKM Kesan 392 Kes...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 392 kes lagi yang mempunyai varian yang...

Mahkamah: Cedera Guna Pedang...

KUALA LUMPUR - Dua lelaki yang berjiran hari ini didakwa di Mahkamah Majistret...

Pemberontak Ukraine Cemburu Referendum...

KIEV - "Kenapa England tidak mengebom sahaja puak pemisah di Scotland," soal seorang...

IPU Rompin Masih Sangat Tidak Sihat

KUALA LUMPUR – Rompin masih mengekalkan bacaan udara sangat tidak sihat dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 228 pada 8 pagi ini.

Bacaan itu menurun sedikit berbanding 232 pada jam 4 pagi dan 5 pagi tadi.

Data IPU Jabatan Alam Sekitar turut menunjukkan keadaan udara di Lembah Kelang tidak banyak berubah berbanding semalam.

Di Cheras, Kuala Lumpur, bacaan kualiti udara adalah tidak sihat iaitu 142 dan Puutrajaya 151.

Di Negeri Selangor pula Kuala Selangor (109), Petaling Jaya (134), Shah Alam (135), Klang (123), Banting (122) dan Johan Setia di Klang (163).

Kualiti udara terjejas akibat kebakaran di ladang-ladang di Kalimantan dan Sumatera sejak bulan lalu.

Manakala di Seremban dan Port Dickson masing-masing dengan bacaan kualiti udara 130 dan 112.


Manakala di Melaka – Alor Gajah merekodkan bacaan (110), Bukit Rambai (105) dan Bandaraya Melaka (103).

Bacaan IPU di Tangkak pula menunjukkan semakin buruk kepada 133 jam 8 pagi tadi berbanding 121 pada jam 1 pagi.

Keadaan di tiga kawasan di Sarawak iaitu Sri Aman, Samarahan dan Kuching juga masih dalam kualiti udara tidak sihat,

Sri Aman (168), Samarahan (138) dan Kuching (154).

Untuk bacaan kualiti udara 0-50 dikategori dalam keadaan baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan melepasi 300 adalah berbahaya.

Kategori