Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Perdasama Sokong Titah Sultan...

KUALA LUMPUR - Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) menyambut baik titah...

Kemarau Gelaran Terus Hantui...

KUALA LUMPUR - Kemarau gelaran terus menghantui ratu skuasy Malaysia dan pemain nombor...

PRK K.Kangsar: 32,949 Pemilih...

KUALA KANGSAR - Sebanyak 32,949 orang layak mengundi pada pilihan raya kecil Parlimen...

Muhyiddin Semakin Keliru Sejak...

Tan Sri Muhyiddin nampaknya semakin keliru semenjak tidak lagi menjadi Perdana Menteri dan...

Ipoh Diisytihar Bandar Raya Terbersih Di Malaysia

BANDAR raya Ipoh telah dianugerahkan bandar raya terbersih di Malaysia bagi tahun 2016 dengan kumulatif mata sebanyak 97.45 berdasarkan sistem penarafan kerajaan-kerajaan tempatan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar mengumumkan perkara itu dalam satu majlis penganugerahan kepada majlis bandaran yang diadakan di Pusat Konvensyen Ipoh, Isnin lalu.

Ipoh dipilih meraih gelaran itu kerana mempunyai contoh model pengurusan sisa terbaik yang mana kemudiannya diikuti kebanyakan kerajaan tempatan di negara ini.

Sistem rating bintang bagi setiap bandar di negara ini mula diperkenalkan sejak 2008 dan pada ketika itu Ipoh hanya memperolehi tiga bintang sebelum berjaya menaik taraf ke lima bintang pada tahun lalu.

Johor Bahru yang merupakan bandar terbersih di Malaysia pada 2015 meraih tempat ketiga tahun lalu di belakang Ipoh dan George Town. – MYNEWSHUB.CC

Kategori