Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Bayi Dilahirkan Dengan 2...

SEORANG bayi lelaki telah mengejutkan ramai apabila dia dilahirkan dengan dua zakar, dengan...

Tiada Ambulans, Bayi Maut...

SEORANG wanita Indonesia terpaksa melalui keadaan mencemaskan apabila bersalin di tempat duduk belakang sebuah...

Projek Kereta Api Laju...

SEOUL - Korea Selatan menjangka projek kereta api laju (HSR) Kuala Lumpur-Singapura akan...

Ismail Sabri Umum Bantuan...

PETALING JAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob dijangka mengumumkan bantuan kepada...

IPhone X Lancar Di Singapura Dijual Semula RM9,000

SINGAPURA – Telefon pintar terbaharu iPhone X – iaitu model tercanggih pernah dikeluarkan firma antarabangsa Apple, mula dijual di lebih 50 negara termasuk di Singapura pada Jumaat.

Di kedai Apple Store@Orchard – yang merupakan satu-satunya gedung rasmi jualan Apple di rantau Asia Tenggara – hampir 1,000 orang sanggup beratur untuk menjadi kumpulan pertama berjaya menggenggam gajet tersebut.

Ramai pelanggan dilaporkan sanggup beratur panjang sehingga berjam-jam lamanya, malah bukan itu sahaja, ada juga dilaporkan sudah beratur lebih awal selama dua hari sehingga terpaksa bermalam di hadapan kedai itu.

Seorang wanita warga Malaysia, Salina Raduan, 24 tahun, yang datang ke Singapura khusus semata-mata untuk membeli telefon tersebut, mendakwa dia sudah mula beratur di situ sejak jam 5 petang pada Khamis lagi.

IPhone X Lancar Di Singapura Dijual Semula RM9,000
IPhone X Lancar Di Singapura Dijual Semula RM9,000

Sementara seorang pelancong dari Bandung, Indonesia, Rahmat Ramadan, 33 tahun, pula memberitahu agensi berita tempatan MediaCorp, dia sudah mula berbaris panjang sejak jam 4 petang pada Rabu lalu.

Beliau secara kebetulan berada di Singapura sehingga Ahad ini bersama-sama dengan ahli keluarganya untuk bercuti, sambil berpeluang membeli telefon iPhone X tersebut sebelum pulang ke tanah air pada lusa.

Kesabaran, atau mungkin boleh disifatkan juga sebagai ‘kegilaan’ para pelanggan dan penggemar gajet Apple ini, jelas ditonjolkan oleh hampir 1,000 orang yang tekun beratur lama di sepanjang laluan Orchard Road.

Nama iPhone X yang menjadi pujaan ramai netizen di seluruh dunia, akhirnya mula bertukar tangan bermula tepat jam 8 pagi Jumaat dan serentak di puluhan negara lain mengikut operasi waktu tempatan masing-masing.

Individu pertama yang menjadi pemilik terawal iPhone X di gedung rasmi Apple di Orchard Road ini ialah Kittiwat Wang dan Supakorn Rieksiri – kedua-dua lelaki ini pula berasal dari Thailand.

Kittiwat Wang dan Supakorn Rieksiri

Memandangkan ini juga merupakan satu-satunya gedung rasmi Apple di Asia Tenggara, ia seolah-olah menjadi besi semberani yang turut menarik ramai peminat Apple dari negara-negara serantau datang ke Singapura.

Rahmat memberitahu MediaCorp: “Memang dari dulu saya sangat gemar iPhone. Pada ulang tahun iPhone ini mereka lancar edisi istimewa, iPhone X, jadi saya amat berminat, bersemangat dan berfikir, harus ke Singapura.”


Namun, tidak semua kelompok pembeli awal ini merupakan peminat sebenar jenama tersebut. Ini antara sebab musababnya yang mungkin kedengaran agak lucu dan pelik jika difikirkan secara waras.

“Sebenarnya, saya terpaksa beratur di sini untuk seseorang lain yang ingin membeli iPhone X tetapi tidak sanggup datang dan beratur lama berhari-hari,” kata Muhammad Syahir Mohamad Tahir, 17 tahun.

Beliau merupakan antara beberapa orang pembeli yang sebenarnya sudah dibayar upah lumayan untuk berbaris panjang bagi pihak individu lain, demi mendapatkan iPhone X tersebut.

Malah, sebilangan iPhone X baharu sudah mula dilelong secara terbuka atau dijual langsung menerusi platform atas talian hanya beberapa jam sahaja setelah ia mula dijual secara rasmi di Singapura.

Ada dijual semula pada harga sehingga S$1,000 (RM3,100) lebih tinggi daripada harga asal – jelas menandakan adanya pihak yang ingin mengaut untung besar daripada populariti telefon canggih ini.

Tinjauan MediaCorp ke atas laman e-niaga popular tempatan iaitu Carousell menunjukkan, ada iPhone X yang mahu dijual semula pada harga tawaran bidaan S$2,988 (kira-kira RM9,300).

Sebelum penjualan iPhone X ditetapkan pada 3 November di seluruh dunia, Apple sendiri dilaporkan menghadapi masalah kelewatan dalam proses pembekalan dan pengeluaran telefon tersebut.

Kini Apple menyatakan bahawa pihaknya “sangat gembira” dengan kemajuan pengeluaran telefon ikonik berkenaan yang turut mendapat sambutan luar dugaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori