IPD Gombak Beri Diskaun Saman 50 Peratus

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Selangor akan membuka kaunter pembayaran saman trafik dengan diskaun sebanyak 50 peratus bersempena Program Hari Bersama Pelanggan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dekat sini.

Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dalam kenyataan hari ini berkata kaunter semakan dan pembayaran saman akan dibuka selama tiga hari bermula Khamis depan.

“Ia akan diadakan di Balai JSPT IPD Gombak mengikut terma dan syarat meliputi semua jenis saman trafik seluruh negara.

“Peluang baik bagi sesiapa yang mempunyai saman tertunggak,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, jenis-jenis kesalahan saman seperti kes bicara di mahkamah, waran tangkap 2018, kemalangan, Op Selamat 2018, guna alat komunikasi dan berkaitan lori tidak terlibat dalam potongan terbabit. – BERNAMA

Loading...