Wednesday, April 17, 2024

Creating liberating content

Susun Strategi Tingkat Tahap...

MELAKA - Berdepan ketidaktentuan ekonomi global pada masa ini, kerajaan negeri Melaka sentiasa...

Lelaki Tawan Ahli Keluarga...

Melaka - Seorang lelaki ditahan polis selepas hampir tujuh jam mengamuk dengan menjadikan...

Agong Sanjung Tinggi, Hargai...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan...

Razak Baginda Sedia Bantu...

KUALA LUMPUR - Abdul Razak Baginda, hari ini, tampil menyatakan kesediaan membantu siasatan...

Invoke, IDE Lebih Tepat Daripada Oxford Economics?

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan mendakwa kajian badan penganalisis bebas antarabangsa, Oxford Economics yang berpangkalan di beberapa buah negara bahawa Barisan Nasional (BN) akan menang selesa dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak tepat.

Pemimpin Pakatan Harapan daripada Parti Amanah Negara (PAN), Datuk Mahfuz Omar sebaliknya membayangkan kajian seperti Invoke Malaysia yang diasaskan oleh Rafizi Ramli dan Institut Darul Ehsan (IDE) yang ditubuhkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali adalah tepat.

“Terdapat banyak kajian oleh badan kajian tempatan mendapati BN akan tumbang atau menang tipis dalam PRU14 adalah fakta yang besar dan boleh dipercayai,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Invoke Malaysia dan IDE yang ditubuhkan oleh pemimpin pembangkang sendiri mendakwa kononnya kajian saintifik mereka mendapati BN akan tumbang dalam PRU14 dan mereka yang akan diangkat sebagai kerajaan baharu.

Bagaimanapun, pakar ekonomi di firma penyelidikan, Oxford Economics, Sian Fenne pada 11 April lalu meramalkan BN akan menang selesa pada PRU14 dengan memperoleh peningkatan majoriti.

Oxford Economics berpandangan demikian kerana mendapati manifesto BN dijangka mampu melonjakkan ekonomi negara sebanyak kira-kira 0.25 peratus pada tahun ini.


Laporan Oxford Economics itu turut mengekalkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia sebanyak 5.2 peratus.

Mahfuz yang dipecat daripada PAS seterusnya mendakwa kajian Oxford Economics itu bertujuan memberi ketenangan dan keselesaan kepada penyokong BN dalam berhadapan PRU14.

“Sepatutnya BN tidak hanya berpegang kepada satu kajian semata-mata bagi menyedapkan ‘halwa telinga’ ahli serta penyokong BN untuk mendengar, tetapi seharusnya juga berpegang kepada kajian lain yang boleh menyesakkan jiwa dan hati,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori