Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

SKMM Minta YouTube Turunkan...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah menghantar surat kepada syarikat...

PAS Dedah Cara Mahathir...

KUALA LUMPUR - PAS mendedahkan kelicikan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad...

Terima Hati Dari Penderma...

SEORANG remaja perempuan berusia 16 tahun berjaya memulakan hidup baharunya selepas menerima hati...

Bapa Zahirah Akui Sudah...

PERSOALAN mengenai status perkahwinan ibu bapa aktres baharu, Zahirah MacWilson baru-baru ini menjadi...

Intipati Perutusan Khas Perdana Menteri

‼️ INTIPATI Perutusan Khas PM Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek pada 5 Jun 2020.

📌 Lebih banyak sektor akan dibuka jika SOP PKPB terus dipatuhi

📌 Kadar pengangguran di Malaysia pada paras 3.9 peratus

📌 Ekonomi Malaysia dijangka menguncup suku kedua tahun ini

📌 Langkah kerajaan dan disiplin rakyat berjaya bendung 80 peratus kes COVID-19 pulih sepenuhnya

📌 Pemulihan ekonomi yang lebih menyeluruh Pelan Pemulihan Ekonomi Kerajaan akan beri fokus kepada enam tahap utama bagi merancakkan semula pembangunan ekonomi negara

📌 Pakej rangsangan ekonomi kerajaan berjaya selamatkan 2.4 juta pekerjaan

📌 12.7 juta atau 83.5 peratus pekerja mula bekerja pada Jun 2020, berbanding 10.2 juta atau 67.2 peratus pada 17 Mei lepas

📌 Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) berfungsi sebagai langkah segera untuk bangun dan rancakkan semula ekonomi negara untuk jangka masa pendek

📌 Kerajaan perkenal Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan tema Bersama Menjana Ekonomi, merangkumi 40 inisiatif bernilai RM35 bilion

📌 Kerajaan peruntuk RM9 billion yang memberi manfaat kepada 3 juta pekerja bagi tangani pengangguran

📌 Pelan Jana Semula Ekonomi (PENJANA) tumpu kepada tiga matlamat utama: memperkasakan rakyat, merancakkan perniagaan dan merangsang ekonomi, yang akan membawa kepada landasan pemulihan dan pertumbuhan

📌 Terdapat 40 inisiatif di bawah PENJANA bernilai RM35 bilion untuk percepatkan pemulihan ekonomi yang berdaya tahan

📌 Program Subsidi Upah bagi bantu majikan dilanjut tiga bulan lagi

📌 Setiap tahanan reman yang bakal dihantar ke penjara akan jalani pemeriksaan saringan COVID-19

📌 Daripada jumlah RM35 bilion PENJANA itu sebanyak RM10 bilion merupakan suntikan fiskal daripada kerajaan

📌 Kerajaan akan laksana program peningkatan kemahiran dalam industri penting seperti elektrik dan elektronik serta ICT

📌 Sebanyak RM75 juta diperuntukkan bantu ekonomi GIG

📌 Geran sebanyak RM50 juta dalam bentuk dana padanan akan diperuntukkan untuk platform gig ekonomi bagi pekerja yang mencarum di bawah Skim Bencana Pekerjaan PERKESO dan Skim i-Saraan KWSP

📌 Kerajaan akan beri geran kepada pengendali taska untuk patuhi dan laksana SOP disediakan

📌 Dalam usaha menggalakkan bidang freelancing MDeC akan diberi peruntukan sebanyak RM25 juta bagi program Global Online Workforce (GLOW)

📌 Kerajaan perkenal insentif pengambilan pekerja, syarikat diberi insentif kewangan untuk beri pekerjaan kepada penganggur dan belia

📌 Kerajaan akan tubuh Pasukan Petugas Pengambilan Semula Pekerjaan Nasional dipengerusikan bersama Menteri Kewangan dan Menteri Sumber Manusia

📌 Internet 1GB percuma untuk semua pengguna setiap hari sehingga 31 Disember

📌 300,000 OKU, ibu tunggal tersenarai dengan JKM layak terima bayaran one-off RM300 dibayar sebelum Aidiladha

📌 MY30 iaitu pas perjalanan bulanan tanpa had diperkenal bagi kurangkan kos pengangkutan harian rakyat mulai 15 Jun hingga akhir 2020

📌 Kerajaan akan bantu setiap peniaga melalui beberapa langkah

📌 Skim pembiayaan pelancongan bernilai RM1 bilion bantu sektor pelancongan

📌 Tambahan RM2 bilion untuk dana Penjana PKS, maksimum RM500,000 setiap PKS


📌 Bagi mendorong perusahaan mikro dan PKS guna khidmat digital, kerajaan bersama swasta akan biayai usaha tersebut melalui geran padanan sebanyak RM140 juta

📌 Insentif cukai dalam pelbagai bentuk perbelanjaan operasi dalam kebiasaan baharu seperti kos PPE dan ujian saringan kepada pengusaha syarika

📌 Kerajaan perkenal kempen Shop Malaysia Online, galak perbelanjaan dalam talian melalui platform e-dagang

📌 Kerajaan sediakan lebih banyak perkhidmatan dalam talian termasuk proses mati setem dan e-temuduga biasiswa kerajaan

📌 Geran Padanan Digital akan disediakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi dengan peruntukan sebanyak RM100 juta

📌 Bagi PKS dan syarikat pertengahan (mid-tier company), kerajaan akan teruskan pemberian geran dan pinjaman kepada syarikat yang layak

📌 Kempen Pemilikan Rumah akan diperkenalkan semula untuk rancakkan pasaran hartanah

📌 Sejumlah RM500 juta akan disediakan di bawah SME Technological Transformation Fund sebagai pinjaman mudah

📌 Kerajaan setuju lanjut dan seragamkan waktu operasi UTC berkuatkuasa 1 Julai

📌 Bagi perniagaan melibatkan masalah aliran tunai kerajaan beri insentif cukai pelbagai bentuk

📌 Kerajaan setuju beri pengecualian duti setem kepada PKS bagi aktiviti percantuman dan pemerolehan untuk transaksi 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021

📌 Smart Automation Grant diperuntukkan berjumlah RM100 juta dan setiap syarikat yang layak akan terima geran sehingga RM1 juta

📌 Peruntukan akan diguna untuk sesi latihan, subsidi dan bantuan penjualan yang diterajui MDEC bersama platform e-dagang terpilih

📌 Pengecualian cukai pelancongan sepenuhnya bermula 1 Julai 2020 hingga 30 Jun 2021

📌 Kerajaan akan kredit RM50 dalam akaun e-dompet yang dipadankan dengan baucar diskaun dan cashback bernilai RM50 bermula Julai 2020

📌 Kerajaan setuju kadar cukai 0 peratus selama 10 tahun bagi pelaburan baharu di dalam sektor pengilangan dengan pelaburan dalam harta tetap di antara RM300 juta hingga RM500 juta

📌 RM500 juta untuk SUKUK prihatin yang akan dilaksanakan suku ketiga tahun ini

📌 Galakan ini diberikan sekiranya syarikat luar negara memindahkan lokasi dan memulakan operasi dalam tempoh 1 tahun dari tarikh kelulusan dan amaun pelaburan mesti dibuat dalam tempoh 3 tahun

📌 Penangguhan bayaran anggaran cukai syarikat industri pelancongan dilanjutkan sehingga 31 Dis 2020Kadar pengangguran dijangka meningkat kepada 5.5 peratus atau lebih 860,000 penganggur untuk keseluruhan tahun 2020

📌 Beberapa program dan kemudahan kewangan untuk jana semula industri kreatif negara sebanyak RM225 juta akan dilaksanakan

📌 Kerajaan setuju gubal Rang Undang-Undang COVID-19 (Langkah Sementara), dijangka dibentang di Parlimen pada Julai

📌 Pasukan LAKSANA yang ditubuhkan Kementerian Kewangan akan tingkatkan pemantauan terhadap semua inisiatif dilaksana kerajaan

📌 Mereka yang hilang pekerjaan layak menerima elaun latihan sehingga RM4,000 walaupun mereka bukan pencarum di bawah Skim Insurans Pekerjaan

📌 Kerajaan beri pengecualian cukai jualan 100 peratus ke atas penjualan kereta penumpang pemasangan tempatan, 50 peratus bagi kereta penumpang diimport mulai 15 Jun 31 Dis 2020

📌 Kerajaan perkenal Program Insentif Pengambilan Pekerja libatkan peruntukan RM1.5 bilion

📌 Kadar pengangguran dijangka meningkat kepada 5.5 peratus atau lebih 860,000 penganggur untuk keseluruhan tahun 2020

Kategori