Intipati Pakej Rangsangan Ekonomi 2020

KUALA LUMPUR – Berikut adalah intipati Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang diumumkan Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Dewan Putra, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.

Pakej bernilai RM20 bilion itu bertemakan ‘Memperkukuh Keyakinan, Merangsang Pertumbuhan, Melindungi Pekerjaan’.

Ia ditunjangi tiga strategi:

1. Menangani impak COVID-19

2. Memangkin pertumbuhan berteraskan rakyat

3. Menggalakkan pelaburan berkualiti

4. Kerajaan membenarkan penundaan ansuran bulanan cukai pendapatan bagi perniagaan yang terjejas dalam sektor pelancongan untuk tempoh enam bulan mulai April 2020

5. Syarikat yang terjejas dibenarkan menyemak semula anggaran keuntungan tahun 2020 bagi menentukan ansuran bulanan cukai pendapatan tanpa dikenakan penalti

6. Menyediakan diskaun sementara selama enam bulan sebanyak 15 peratus daripada bil elektrik secara bulanan bagi hotel, agensi pelancongan, syarikat penerbangan, pusat membeli belah, pusat konvensyen dan pameran

7. Mengecualikan cukai perkhidmatan bagi hotel bermula pada bulan Mac hingga Ogos 2020

8. Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyediakan Kemudahan Jaminan Bantuan Istimewa berjumlah RM2 bilion, terutamanya pembiayaan modal kerja untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana pada kadar 3.75 peratus

9. Bank Simpanan Nasional akan memperuntukkan RM200 juta kemudahan mikro kredit pada kadar 4.0 peratus

10.Proses kelulusan dana sedia ada di Bank Pembangunan Malaysia Bhd di bawah Tabung Infrastruktur Pelancongan berjumlah RM1.5 bilion akan dipercepatkan

11.Semua bank dikehendaki mengurangkan beban kewangan dalam bentuk penangguhan bayaran atau penjadualan semula pinjaman

10. Pihak industri seperti perhotelan dan pusat membeli-belah digalakkan untuk turut memainkan peranan dengan menawarkan diskaun dan mengurangkan kadar sewa premis

11. Malaysia Airport Holding Berhad akan mengurangkan kadar sewa premis kepada penyewa di lapangan terbang, dan juga akan mengurangkan caj pendaratan dan parkir

12. Pelepasan cukai individu sehingga RM1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik bagi merangsang industri pelancongan

13. Kadar caruman minimum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dikurangkan sebanyak empat peratus iaitu daripada 11 peratus kepada 7 peratus, sekali gus RM10 bilion akan kekal di tangan pencarum berkua tkuasa sehingga akhir tahun ini

14. Tabung AgroFood sebanyak RM1 bilion oleh BNM pada kadar 3.75 peratus bertujuan menggalakkan aktiviti pengeluaran makanan bagi memenuhi permintaan domestik dan eksport

15. Kementerian Kewangan akan memudahkan tatacara kewangan khas termasuk meningkatkan nilai untuk perolehan dan menyalurkan peruntukan yang secukupnya kepada agensi pelaksana menjelang suku pertama tahun ini

16. Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim akan membuka untuk bidaan jana kuasa tenaga solar 1,400MW melibatkan pelaburan swasta bernilai RM5 bilion dan menjana pekerjaan untuk 25,000 pekerja

17. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia akan melabur sebanyak RM3 bilion untuk kerja berkaitan Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara

18. Syarikat Berkaitan Kerajaan seperti Tenaga Nasional Bhd merancang untuk melabur sebanyak RM13 bilion, termasuk mempercepatkan projek seperti lampu jalan LED, grid transmisi dan pemasangan panel solar bumbung

19. Kerajaan akan memperuntukkan RM500 juta untuk Dana Pelaburan Bersama dengan pelabur swasta pada padanan sekurang-kurangnya satu nisbah tiga

20. Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia akan mengecualikan bagi tempoh 12 bulan, yuran penyenaraian di papan Platform Pemecut Usahawan Utama (LEAP) dan di papan Access, Certainty, Efficiency (ACE), serta syarikat yang bermodal pasaran kurang RM500 juta yang ingin tersenarai di Papan Utama

21. BNM akan menyediakan Kemudahan Automasi dan Pendigitalan PKS bernilai RM300 juta;

22. Kerajaan akan membenarkan Elaun Modal Dipercepatkan selama tempoh dua tahun untuk perbelanjaan ke atas mesin dan kelengkapan, termasuk ICT

23. Kerajaan akan menyediakan potongan cukai ke atas kos pengubahsuaian premis perniagaan sehingga RM300,000

24. Mengecualikan duti import dan cukai jualan ke atas pengimportan dan pembelian peralatan untuk operasi pelabuhan untuk tempoh tiga tahun bermula 1 April 2020

25. Pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun 2020 diunjurkan dalam julat 3.2 peratus hingga 4.2 peratus

26. Defisit fiskal dianggarkan meningkat sedikit kepada 3.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar berbanding anggaran asal 3.2 peratus

Loading...