Interpol Keluarkan Qaradawi Dari Senarai Dikehendaki

INTERPOL sudah mengeluarkan ulama terkemuka Yusuf al-Qaradawi, ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia daripada senarai dikehendaki, lapor Anadolu Agency.

Sumber dari pejabat Qaradawi mengesahkan telah menerima pemakluman rasmi dari Interpol memberitahu nama ulama itu sudah dikeluarkan daripada senarai dikehendaki, menyifatkannya sebagai satu langkah positif.

 

Interpol menarik “notis merah” untuk Qaradawi pada 30 November dan membatalkan waran tangkap dikeluarkan kerajaan Iraq dan Mesir.

Pihak berkuasa Mesir telah menuduh Qaradawi terlibat dalam beberapa jenayah, termasuk bunuh dan curi, selepas rampasan kuasa tentera di Mesir pada 2013, mendorong Interpol mengeluarkan waran tangkap ke atasnya.

Qaradawi merupakan pengkritik kuat Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi, yang sebagai menteri pertahanan pada 2013 mengetuai rampasan kuasa terhadap Mohamed Morsi, presiden yang dipilih pada masa itu.

Sejak itu, Interpol telah mengeluarkan beberapa waran tangkap ke atas beberapa pemimpin Ikhwan Muslimin atas permintaan Kaherah. – MEM

Loading...