Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Politik Game Plan Tun...

ORANG yang merasakan dirinya paling tidak selamat sekarang ini ialah Tun Mahathir. Beliau...

Syor Larangan Vape Di...

KUALA LUMPUR - Keputusan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan bermula...

TMJ Beri Amaran Kepada...

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi amaran kepada...

Airin Lupakan Keseronokan Sekolah...

IPOH - Pada usia sembilan tahun, Airin Mohd Faizal sepatutnya seronok bermain dan...

Intai Wanita Guna Kamera Digital Diletak Pada Kasut

ALOR SETAR – Macam-macam perkara pelik sanggup dilakukan  orang untuk melayani nafsu seksual mereka.

Misalnya di sini seorang lelaki berusia 39 tahun dibelasah orang ramai selepas didapati mengintai dalam kain seorang wanita dengan menggunakan kamera digital kecil yang diletakkan pada kasut dan disambungkan terus kepada telefon pintar iPhone 6 miliknya.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata kejadian itu berlaku di sebuah Pasar Tani di Jalan Langgar di sini di mana mangsa diintai ketika sedang membeli kuih di sebuah gerai di situ.

“Mangsa tidak menyedari perlakuan tidak senonoh suspek yang meletakkan kakinya ke bawah kain suspek ketika berada berhampiran sebuah gerai menjual kuih sehinggalah dia diberitahu perkara itu oleh orang ramai.

“Orang ramai yang melihat kejadian itu bertindak memukul suspek selepas mendapati kasutnya mempunyai kamera digital yang boleh merakam video secara langsung yang bersambung dengan iPhone 6 milik suspek,” katanya dalam satu kenyataan.


Mangsa yang berusia 38 tahun dan menetap di Jitra itu menjelaskan dia yang langsung tidak mengenali suspek lalu membuat laporan polis.

Suspek yang bekerja sebagai pembantu operasi di sebuah syarikat kini ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 294 dan 509 Kanun Keseksaan.

Tidak diketahui sama ada suspek sudah berkahwin atau belum. – BERNAMA

Kategori