Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Manifesto PH Tiada Agenda...

KUANTAN - Ketua Pemuda UMNO Pahang Mohd Shahar Abdullah hari ini berkata manifesto...

Tragedi Kebakaran HSA Perlu...

KUCHING - Tragedi kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru perlu dijadikan iktibar,...

6,000 Warga Sabah Daftar...

KOTA KINABALU - Lebih 6,000 warga Sabah mendaftar sebagai Sahabat Gerakan Revolusi Anti...

3 Kali Dirompak, Ayu...

BERIKUTAN kejadian rompakan yang berlaku di rumahnya baru-baru ini, pelakon Ayu Raudhah mengakui...

Inspektor Didakwa Perdagangkan Wanita Mongolia

INSPEKTOR polis dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Klang, hari ini atas dua tuduhan memperdagangkan dua wanita warga Mongolia, minggu lalu.

Tertuduh, Hazrul Hizham Ghazali, 30 mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah di atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan mengikut Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670).

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 10.30 malam 10 April sehingga 8.30 malam, 11 April lalu di bilik nombor 203 Hotel PJ Luxe, Coutique, Petaling Jaya dengan memperdagangkan seorang perempuan warga Mongolia berusia 20 yang bukan seorang kanak-kanak bagi maksud eksploitasi seks dengan penyalahgunaan kuasa.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).

Anda peniaga? Mencari platform pengiklanan Online? Mula dengan kami ..Website Mynewshub, FB (2.96 juta followers), Instagram dan Twitter. Hubungi kami http://www.wasap.my/60176070516

Bagi kesalahan kedua, tertuduh didakwa melakukan kesalahan pada waktu dan hari sama, di bilik nombor 302, di hotel sama ke atas seorang perempuan warga Mongolia berusia 36 tahun.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang tiga tahun tetapi tidak melebihi 20 tahun dan denda.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Al-Saifi Hashim memohon mahkamah menetapkan ikat jamin berjumlah RM15,000 bagi setiap pertuduhan serta perlu menyerahkan pasport antarabangsanya dan melaporkan diri ke balai polis berhampiran setiap bulan.

Peguam bela tertuduh, Shah Rizal Abdul Manan merayu supaya mahkamah meletakkan satu jumlah ikat jamin yang minimum memandangkan tertuduh sudah digantung kerja sementara sejak minggu lalu selain gaji bulanan sebanyak RM1,900 hanya dibayar separuh.

“Tertuduh tanpa sebarang alasan memikul tanggungjawab dan menghadirkan diri ke mahkamah pagi ini tanpa sebarang niat atau cubaan untuk melarikan diri daripada menghadapi pertuduhan.


“Wang jaminan dikenakan hanya untuk memastikan tertuduh hadir ke mahkamah dan bukannya untuk dihukum selain dia juga menyedari natijah yang akan menimpa sekiranya tidak hadir atau melarikan diri.

“Tertuduh kini berdepan kesukaran mencari kerja sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya mohon jaminan serendah RM10,000 untuk setiap pertuduhan ditetapkan dan kami tidak mempunyai bantahan terhadap syarat tambahan yang dikenakan,” katanya.

Sebaik mendengar hujah kedua-dua pihak, Hakim Tasnim menetapkan ikat jamin sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin serta perlu menyerahkan pasport antarabangsanya jika ada dan perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap awal bulan.

Hakim kemudian menetapkan 17 Jun depan sebagai tarikh sebutan dan serahan dokumen.

Tertuduh ditahan 11 April lalu oleh pasukan polis Daerah Petaling Jaya dan direman lima hari untuk membantu siasatan kes.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, dilaporkan berkata, terdapat dua bentuk siasatan dijalankan oleh polis berhubung kes berkenaan.

Siasatan pertama adalah merujuk kepada kes rogol yang berlaku dan kedua, sama ada wanita terbabit menjadi mangsa kepada aktiviti pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran. – myMetro Online

Kategori